Thursday, October 17, 2013

Ankle Weight

Assalamualaikum...

Entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri Wordless Wednesday #2 16.10.2013 yang aku terbitkan semalam. Ada beberapa rakan yang bertanya apa benda yang aku pakai tu. Haa..kalau nak tahu, namanya Ankle Weight. Ankle Weight ini adalah salah satu daripada alatan bersenam. Oh ye, sebenarnya aku pun baru je tahu pasal Ankle Weight ini daripada kawan baik aku, Kak Noreen.

Hendak dijadikan cerita, aku berbual dengan Kak Noreen pada hari Isnin lepas tentang strategi nak turunkan berat badan. Ye lah, berat dah naik sikit kenalah turunkan balik. Aku dan Kak Noreen sebelum ini, selalu jalan kaki bersama ditaman berdekatan PICC pada waktu pagi hari minggu. Akan tetapi, disebabkan kesibukan urusan peribadi masing-masing, kitorang dah lama tak jalan kaki bersama. Tapi kami masih lagi cuba atur masa yang sesuai cumanya masih belum berkesempatan.

Makanya, malam Isnin Kak Noreen Whatsapp aku gambar Ankle Weight yang baru dibeli kat Alamanda. Wahhhhh...teruja aku tengok. Gigih betul Kak Noreen beli ni. Aku pun nak beli juga tapi kena simpan duit sebab hujung bulan depan nak pergi jenjalan dengan family. Insha Allah, kalau takde apa2 halangan aku akan beli lepas dapat gaji bulan depan kot. Kekeke..

Pagi semalam, Kak Noreen datang tunjuk ankle weight ni dan suruh aku cuba pakai. Gementar juga nak pakai. Ye lah, sebelah je dah 1kg. Sepasand dah 2kg. Mana pernah kaki aku tampung beban berat camtu kan. Haa..tapi bila dah pakai, memang terasalah keberatan kaki melangkah. Ewahh..haha. Memang berat tapi perasaan tu best je. Seronok tau pakai. Memang mula2 rasa taknak jalan sebab berat, tapi bila dah beberapa minit tu, memang sedap sangat.

Sebenarnya ada pro and cons bila menggunakan ankle weight ini. Cumanya kalau hendak pakai, kena peka dengan keadaan kaki kita samada mampu atau tidak untuk menampung berat ankle weight ini. Kalau tak kena gaya, boleh cedera otot sendi semua tu. Korang tanyalah en google tentang kebaikan ankle weight ni.

Dibawah ni juga aku share senaman yang betul dengan menggunakan ankle weight. Korang pun, kalau teringin nak guna ankl weight ni belilah dikedai peralatan sukan dan pastikan ianya selesa dipakai dan tidak membataskan pergerakan korang.

Sumber : pumpsandiron.com

Okay, sekian dahulu buat kali ini ya. Till meet again.


IKLAN

10 comments:

  1. sesuai utl org yg suka bersenam dan nk kekal cergas... nak kurus pun blh gak kn..

    ReplyDelete
  2. confirm akak tak boleh nak guna angkle weight nie..ada mengalami kecederaan kaki

    ReplyDelete
  3. sesuai untuk buat senam tangan..

    ReplyDelete
  4. ooo...1st time tengok..tq sharing info. hehe

    ReplyDelete
  5. kat sini takde jual..nak jugak pakai ni masa pegi gym..huhu

    ReplyDelete
  6. faham suda..:) thank's sharing kak

    ReplyDelete
  7. bru tau benda mcm ni wujud .. ^_^

    ReplyDelete
  8. bagus la aktiviti ni
    kekal utk sihat!

    ReplyDelete
  9. banyak betul dia punye step kita leh wat hehe

    ReplyDelete

My friend say: