Sunday, August 11, 2013

Meriahnya Raya Part 3

`Jemput baca Meriahnya Raya Part 1 & Meriahnya Raya Part 2

Assalamualaikum..
Raya kedua, kami masih di Teluk Intan. Pagi tu, aku, mak dan kaknyah pergi menziarahi kubur arwah abah. Rindunya kat 'abah'. Dah lama tak ziarah 'abah' kat sana. Memandangkan jarak antara hotel dan tanah perkuburan tu tak jauh, jadi sekejap je dah sampai. Suasana ditanah perkuburan memang tenang dan damai. Berdekatan dengan kubur abah, ada satu lagi kubur baru. Mungkin baru beberapa hari meninggal kot. Setenang sungai disebelah kawasan perkuburan tu, begitu jugalah tenangnya kawasan perkuburan abah. Memandangkan kawasan kubur abah tak ada semak samun, jadi kami tak perlu susah payah nak cabut rumput panjang2. Kawasan perkuburan tu dijaga dengan baik. Alhamdulillah. 

Selesai menziarah 'abah', kami bergerak ke bandar untuk mencari sarapan. Masing-masing dah lapar ni. Kami pusing sekitar bandar tu untuk cari kedai makan yang buka tapi hampa sebab tak ade. Ye lah kan, hari raya, mana ada orang nak buka sangat. Lastly, kami ke Marrybrown. Nasib Marrybrown ada, kalau tak, memang laparlah jawabnya. Hahahah.

Kami hanya check out dari hotel pada pukul 2pm. Selepas check out, rumah pertama yang kami pergi ialah rumah Pak Cik Ya, kawan baik arwah abah. Pak Cik Ya ni memang sahabat abah dunia akhirat, itu yang boleh aku ungkapkan. Daripada abah sihat sehinggalah abah sakit hingga ke akhir hayat abah, Pak Cik Ya sentiasa ada dalam membantu kami sekeluarga. Sehingga sekarang, Pak CIk Ya sekeluarga dah macam saudara sendiri buat kami. 
Dirumah Pak Cik Ya, kami berbual-bual sebab dah lama tak jumpa. Paling meriah bila tengok gelagat Adam, cucu Pak Cik Ya. Adam ni bijak, nak main dengan Aisyah tapi Aisyah pula malu-malu kucing. Adik Adam, Alif pun cukup buat kami geram sebab comel sangat dan tembam. Hahaha..aku ni kan suka budak2, so, sempatlah rakam video gelagat si Adam ni. Nak share video tapi tak sempat lagi nak upload dalam Youtube. 
Selepas rumah Pak Cik Ya, kami bertolak semula ke rumah De, sebab kami dah nak pulang ke Putrajaya petang tu. Mak dah janji dengan De nak datang lagi sebelum bertolak pulang ke Putrajaya. Kami lepak-lepak dirumah De dalam beberapa jam juga la. Sempat aku habiskan satu movie yang aku pun tak tau apa tajuknya. Movie ni Scha Al Yahya berlakon dengan Shamsul Yusof. Ala, yang Scha jadi ala-ala tomboy, ada Shahiziey Sam sekali berlakon. Best juga movie tu, kelakar sangat. Hahaha

Kami bertolak pulang ke Putrajaya dalam pukul 7pm. Siap tapau McDonald dulu sebab kakak-kakak tak mau singgah R&R. Takut sesak dan ramai orang katanya. Ikutkan je lah ya. Kami sampai Putrajaya dekat pukul 10pm jugalah.

Begitulah cerita raya aku diTeluk Intan, Perak. Walaupun ada beberapa rumah yang tak sempat nak singgah sebab tuan rumah takde, tapi kemeriahan dirumah-rumah yang kami ziarah tu tetap meriah. Okay, part 4 nanti aku ceritakan kunjungan abang sepupu sekeluarga ke rumah aku ya.

Okay, till meet again...
IKLAN

5 comments:

  1. Amboiii.. meriahnya.. syok kan raya.. bole jumpa semua.. =)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak. wahh, tido hotel

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya...meriahnya :)

    ReplyDelete
  4. Wah beraya sakan yer.. tp mmg best kn dpt brkumpul2 ramai2 nie..;)

    ReplyDelete

My friend say: