Sunday, August 11, 2013

Meriahnya Raya Part 1

Assalamualaikum..

Empat hari aku tak buka blog ni. Nak kata sakan beraya pun tak sebenarnya tapi disebabkan kesibukan semasa sehari sebelum raya, sampai tak sempat langsung nak buka blog ni. Al maklumlah, kembar dan kakak kerja, kaknyah sibuk jahit baju raya kitorang, mak sibuk nak masak rendang, jadi cuma aku je la yang ada untuk kemas rumah. Fuhh..berpeluh-peluh aku kemas rumah sensorang. Pagi tu jugalah nak kena amik bekalan ubat mak kat klinik dan amik anak buah Aisyah lagi kat Melawati. Memang busy la.

Ok2..meh kita bercerita tentang raya ya. Sebelum tu, malam raya tu, aku dan kembar sempat lagi bawa anak buah kitorang, Aisyah pergi shopping baju untuk dia. Kitorang pun ada barang nak beli, dah alang-alang, bawa je la si kecik tu pergi shopping sekali. Dah siap beli belah, kitorang singgah stesen minyak untuk isi minyak kereta siap2 sebab esok pagi nak bertolak ke Perak.

Malam tu, kami tido sangat lambat sebab ada lagi yang tak sempat nak siap. Langsir baru nak pasang, kuih tak masuk dalam balang kuih lagi. Nasib sempat juga malam tu. So, siap semuanya, sesi masuk duit dalam sampul duit raya. Masa tu anak buah aku, Aisyah pun sibuk juga nak join masuk duit raya, so kita layankan je la. Meriah juga ada si kecik tu. Ada la juga nak buat ketawa.

Kami tido lewat dalam pukul 3 pagi lebih kurang sebab lepas siap, layan dulu drama kat TV. Biasalah, kalau dah letih sangat pun tak boleh tidur juga kan. OK...aku tak nak bebel panjang2 sebab nanti korang mesti boring nak baca. Memandangkan, ini adalah Part 1, so aku sambung part 2  untuk first day raya ya. 

Ok..till meet again

IKLAN

4 comments:

  1. busy nampaknya kak anim before raya :)

    ReplyDelete
  2. wahhh... busy tu kak... deno malam raya dah check in masuk wad.. huhu... malam raya pun tak larat sebab sakit... sabo je la..

    ReplyDelete
  3. Akak pn kalau mlm raya mmg akan tido lewat.. sbb masa tue la baru nk mengemas rumah bagai.. keja last minit semua.. ;)

    ReplyDelete

My friend say: