Tuesday, August 06, 2013

Kad Raya Daripada Rakan Blogger

Assalamualaikum...

Mari kita bersembang tentang topik raya lagi ya. Jumaat, 2 Ogos 2013 adalah hari last penghantaran kad raya atau segala proses pos yang akan sampai sebelum raya. So, aku pun tak kira je hantar kad raya hari jumaat dua minggu lepas. Excited dan gementar takut kad yang dihantar tak sempat sampai kepada penerima.

Tahun ini, aku hantar kad raya kepada teman-teman rapat yang jauh dimata dan juga kepada dua orang rakan blogger yang menjadi pengkomen terbanyak dalam blog aku ni. Alhamdulillah, tahun ini aku terima beberapa keping kad raya. Kesemuanya daripada rakan-rakan blogger gitu. Meriah gitu. Hahaha. Ok..jom tengok sapa yang bagi kad raya kat aku.

Kad ini daripada Blogger Nadya: http://storystorynadya.blogspot.com/
Kad ini merupakan kad kedua yang aku terima. Hehehe. Comel je tulisan Nad. Kecik-kecik. Memandangkan aku dan Nad memang dah kenal lama, makanya kad ini juga ditujukan buat kembar aku sekali. Thanks so much sayang.

Kad ini pula daripada Blogger Deno: http://dayangdeno.blogspot.com/
Kad Deno ini aku terima setelah menjadi antara pengkomen terbanyak dalam blog beliau. Turut disertakan sekali dengan sticker khas LUPUS. Comel tau kad raya Deno ni. Siap ada gambar Deno sekali. Comel adik kita ni. Sticker tu pun aku akan simpan buat kenangan. Thank you so much dear.

Kad raya ini pula daripada Blogger Eqbal Zack: http://www.eqbalzack.com
Kad raya berbentuk gambar ni merupakan kad raya pertama yang aku terima seawal dua minggu ke seminggu berpuasa gitu la. Mak aku pun terkejut sebab tak pernah aku sebut kawan nama Eqbal. Bila aku explain beliau ni adalah blogger, barulah mak faham. Thanks so much Abg Eq.

Haa..yang special sikit. Kad raya berbentuk penanda buku. Kira dua dalam satu la ni. Aku terima daripada Blogger INTANBERLIAN a.k.a Kak Ina : http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/
Aku terima last week hari jumaat tak silap aku. Istimewanya sebab ada hp hanger tu. Cute sangat. Penanda buku ni tertera gambar Kak Ina bersama anak-anak comel beliau, Alisha dan Aqilah. Comel je budak kecik dua orang ni sama macam mak dia juga. Thanks so much Kak Ina.

Haa..begitulah kisah kad raya yang aku terima tahun ni. Alhamdulillah, sejak hampir setahun aktif blogging ni, aku semakin happy kerana mengenali ramai kenalan yang baik hati diluar sana. Walau tak pernah bersua muka, tapi mereka sangat baik. 

Ok..nanti aku nak update kisah sampul raya pulak ya. Till meet again.

IKLAN

7 comments:

  1. wah!! bank gk ye dapat kad raya..selamat hari raya maaf zahir dan batin..=D

    ReplyDelete
  2. wah, tahniah dear, kakak tumpang happy... Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete
  3. wah banyak tu..syok kan dapat kad raya..sebab skrng org dh jarang2 pos kad raya..:D

    ReplyDelete
  4. tahun ni shark x dpt kad raya..
    huhu..
    duit raya apatah lg..
    nasib nasib.
    hehe.

    ReplyDelete
  5. simpan sebagai kenangan dalam dunia blogging ^^

    ReplyDelete
  6. weeeee kad raya drpd Nad keke
    banyaknya akak dapat! wow! O.O

    ReplyDelete

My friend say: