Thursday, August 15, 2013

Jalan-jalan Di Cuti Raya Part 2

Assalamualaikum...

Auto publish entry. Jemput baca Jalan-jalan Di Cuti Raya Part 1

Sambungan kisah semalam. So, hari Rabu yang merupakan hari terakhir kami bercuti raya, kami tunaikan hasrat Aisyah nak ke taman. Awal2 pagi Aisyah dah siap mandi. Punyalah excited dia nak jenjalan. So, hampir pukul 9am kami pergi ke taman kat PICC tu. Aku suruh kembar ke situ sebab kat situ ada playground. Gembira betul Aisyah sebaik sampai ditaman. Senyum je sebab hasrat dia ditunaikan.
Sampai kat taman terus menuju ke buaian. Dia main buaian sambil aku ambil gambar. Cu Ain dia pun join sekali main buaian. Seronok je aku tengok dorang berdua ni. Aku ni suka ambil gambar so, xde la aku layan buaian tu. Lepas satu, satu lagi mainan yang Aisyah main. Aku dan Ain biarkan je supaya dia puas bermain. Sambil tu kitorang layan dia berangan. Haaa.. Aisyah ni kadang kuat berangan tau. Kalau korang layan dia berangan, memang boleh gelak sakan sebab dia punya berangan tu kadang-kadang tak logik dan kelakar sangat. Heheh..budak2.
Lepas main kat taman, kami bawa Aisyah pulang ke rumah sebab aku ni nak kemas rumah pulak tambahan mak demam. Lagi la susah hati nak keluar lama2. Selesai mengemas, kami bersiap2 pula petang tu untuk bawa Aisyah keluar lagi. Mulanya dia minta nak pergi Jusco tapi Kaknyah aku takmau sebab boring kat situ je. So, aku pujuk Aisyah supaya ikut kitorang pergi tempat lain. Haa..nasib dia okay je. Sebelum pergi tu, kami siap2 bagi mak makan ubat. Risau nak tinggalkan mak tapi mak suruh juga kitorang bawa Aisyah keluar berjalan.

Makanya, to the Setia City Mall we go. Aisyah seronok je sepanjang perjalanan ke sana. Maybe sebab hari kerja, so, parking banyak kosong. Sampai2 je, kitorang jenjalan sambil tanya Aisyah nak makan apa. Hmm, nampak kiosk Gelato Fruity, kitorang terus pergi situ. Makan ais kerim lagi. Aisyah pun memang suka makan ais kerim. Lepak2 makan ais kerim memang best woo. Nak pulak cuaca panas, memang sedap je tekak ni. Sambil makan sambil bergambar dan sambil bergurau senda.
Lepas makan, kami jenjalan sekitar shopping mall. Masuk dalam Parkson, kaknyah dan kembar aku sempat lagi shopping kasut. Parkson sedang buat sale. Memang harga yang sangat buat orang teruja. Aku pun layan je la tengok dorang bershopping sambil aku layan Aisyah dan ambil gambar. Hehehe...aku tak shopping sebab berjimat kot. Hahahha

Selesai membeli-belah di Parkson, kami jenjalan lagi dan ternampak ada kedai baju tengah buat sale juga. Ehem, kali ni habuan untuk Aisyah lagi dan aku pun sempat sambar jeans sehelai. Hehehe. Setel bayar, kitorang bergerak pulang tapi sebelum tu singgah dulu kat kedai Rotiboy sebab dah lama tak makan roti tu. 
Sampai kat rumah, sempat tunjuk kat opah apa yang Aisyah beli, dan aku siapkan Aisyah sebab malam tu juga Aisyah akan pulang ke rumahnya di KL. Aku tak ikut hantar sebab demam. Hanya kaknyah dan Ain je yang hantar Aisyah. Haa..begitulah cerita jenjalan kami dicuti hari raya ni. Alhamdulillah, dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk keluarga tersayang.

Korang pulak, camane cuti raya ni? Mesti seronokkan?

Okay..till meet again.

IKLAN

5 comments:

  1. waaa.. jalan sakan budak tu yaa. hehehe

    ReplyDelete
  2. raya nad x sakan agy hehe
    cukup bersama keluarga tersayang :)

    ReplyDelete
  3. raya tahun ni juga meriah cuma pada raya ke 4 kami terpaksa pulang awal ke Ipoh sbb spupu husband meninggal, xcident...al fatihah

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. berjalan je..happy aisyah ye.. :)

    ReplyDelete
  5. Teto: Haah, sakan budak tu, siap cakap, nnt kalau cuti panjang nak duduk rumah opah

    Nad: Nnt ada peluang kita raya sesama ya

    Munirah: Ya Allah, accident? Teruk ke?

    Sally: TU la, dah sorng tu je anak buah saya, layankan aje

    ReplyDelete

My friend say: