Wednesday, August 14, 2013

Jalan-jalan Di Cuti Raya Part 1

Assalamualaikum..

Bagi entri ini dan part 2 adalah auto publish. Mohon maaf kerana aku demam dikala menaip entri ini. So, siap2 tulis supaya blog ni sentiasa ada entri baru.

Jom mulakan cerita.
Memandangkan aku ambil 4 hari cuti raya bermula Rabu, 7 Ogos 2013 hinggalah hari ini, Rabu 14 Ogos 2013, makanya waktu terluang ini aku gunakan sebaik-baiknya untuk bersama dengan keluarga tercinta. Bukan apa, hari biasa memang susah sangat nak dapat bersama. So, memandangkan masih ada berbaki 2 hari aku bercuti, semalam dan hari ini aku dan keluarga gunakan sebaik-baiknya untuk diluangkan bersama anak buah tersayang, Aisyah. 
Semalam, Selasa, aku dan kembar bawa Aisyah jenjalan ke Alamanda. Memang dah plan nak bawa dia keluar supaya dia tak bosan asyik duduk dirumah je. Tambahan pula Aisyah pun memang ada minta dibawa berjalan. So, demi untuk tidak menghampakan dia, aku dan kembar bawalah dia keluar petang Selasa tu. Sampai je di Alamanda, kami terus je bawa dia pergi makan ais kerim. Plan asal nak ke Baskin Robbins tapi memandangkan tiada tempat duduk, so, kitorang terus je ke The Cream and Fudge Factory dengan harapan ada tempat duduk. Alhamdulillah, ada tempat duduk.
Lepas pesan ais kerim yang kami inginkan, terus je ke tempat duduk. Dalam lima minit ais kerim yang kami order sampai satu persatu. Jadi, kami nikmati ais kerim tu sambil berbual-bual dengan Aisyah. Korang bayangkanlah kalau berbual dengan budak kecik kan. Memang takkan sama dengan perbualan orang dewasa cam kita ni. Tapi ok juga melayan si kecik ni sekali sekala. Terasa muda jiwa okay. Hahhaha
Lepas makan ais kerim, kami jenjalan sekitar Alamanda dan terus masuk ke AEON Big. Plan asal sekadar nak beli telur yang mak pesan, tapi dah alang-alang ternampak sale baju budak2, terus je melekat kat tempat baju. Satu persatu baju kami belek dan try tengok kat badan Aisyah. Haa...dapatlah 3 helai baju untuk Aisyah. Sehelai tu dia yang pilih sendiri, manakala dua helai lagi aku dan kembar yang pilih. Lepas bayar, kami turun ke bahagian bawah AEON untuk beli telur pula.

Masa sedang beratur untuk bayar barang yang kami beli, tetibe Aisyah cakap, lepas ni kita gi makan ya. Hah? hahah..amik kau. Aku tanya la Aisyah ni tak kenyang ke makan ais kerim tadi. Rupanya dia kata lapar lagi. Okay, lepas bayar kami pun cari tempat makan. Aisyah request Burger King. Baiklah, kitorang pun terus je ke sana. Aisyah request nak onion rings je tapi makcu-makcu dia ni order lebih untuk diri sendiri. Hahaha..kitorang stand by order lebih sebab tau Aisyah mesti nak yang lain sekali.
Hmm..biasalah Aisyah, makan main-main sikit. Lepas dia rasa tak mau dah, terus je nak ajak balik. So, sesudah aku dan kembar habiskan makanan kami, kitorang bergerak pulang. Boleh pula dalam kereta Aisyah buat muka masam. Ingatkan dia marah sebab balik rumah, rupanya dia nak jalan-jalan kat taman. Memandangkan waktu tu dah maghrib, kami pujuk Aisyah supaya pergi lain kali.
Nak jadi cerita, dia cakap nak duduk rumah Opah sehari lagi walaupun ibu dan ayahnya pulang ke KL malam tu juga. Haa..nampak tak punyalah dia memang teringin sangat nak main kat taman. So, pujuk punya pujuk, parents Aisyah pun benarkan dia bermalam semalam lagi kat rumah kitorang. Kakak dan abg long balik ke KL malam semalam tanpa Aisyah. Hehehe..malam tu Aisyah tido dengan Mak aku. Alahai, dia peluk Opah masa tido. Punyalah manja cucu mak aku nan seorang itu.

Okay..Part 2 nanti aku cerita tentang hasrat dia nak ke taman tu ditunaikan ya,

Okay...till meet again

IKLAN

8 comments:

  1. amboi seronoknya... deno duk umah je.. tak jln2 sgt pun... huhu

    ReplyDelete
  2. Deno, sekadar tunaikan permintaan si kecik..

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada aunt yang macam akak hehe

    ReplyDelete
  4. muka budak ni penuh pengharapan..hahaha..mmg tak boleh nak tolak :)

    ReplyDelete
  5. Byknya baju dia.. Seronok la tu dpt jenjalan kan.. Hehe

    ReplyDelete
  6. wahhhh untonglahhh Aisyahh ,ada orang belanja shopping...heee

    ReplyDelete
  7. sakan nohhhh
    slmt ari ghaye ;)

    ReplyDelete
  8. Nad: Kak Ain yg banyak kuar duit nad..hehe

    Sally: Kan, tu yg xdapat nak tolak tu

    Maria: Tu la, manja sgt sbb dia sorg je anak buah kami

    Nory: kan, kita ni sapalah nak belanja..hahaha

    Xila: Selamat hari raya

    ReplyDelete

My friend say: