Monday, July 08, 2013

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 MATRADE

Assalamualaikum semua

Tengahari tadi telah diadakan sambutan ulang tahun ke-20 Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Sebagai salah seorang staff MATRADE, bangga la juga aku dengan tertubuhnya agensi perdagangan luar Malaysia ni. Ya la kan, selama 20 tahun MATRADE berfungsi sebagai agensi yang membantu para Malaysian exporters untuk memasarkan produk buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Majlis diadakan dengan bacaan doa dan kemudian disusuli dengan ucapan CEO MATRADE yang mewakili Pengerusi MATRADE dan kemudian, Menteri MITI. Acara kemudia disusuli dengan penyampaian sijil APC 2011 dan juga cenderahati kepada pesara MATRADE dan BOD members MATRADE.

Majlis ni simple je. Door gift untuk setiap staff yang hadir ialah jam tangan Polo Grand Prix. Acara makan-makan itukan wajib, makanya kami semua dihidangkan dengan menu-menu yang menyelerakan. 
Begitulah sambutan ringkas Ulang Tahun ke-20 MATRADE.

OK..till meet again.

3 comments:

  1. wah semua org dapat jam ke? bestnya....

    ReplyDelete
  2. fuyoooo.. jam tanagn POLO tuuuu! perghh.. ada keje kosong tak? ha2

    ReplyDelete
  3. HT: Haah la Timi..semua staff dapat jam ni...tempah khas katanya

    TB: Hehe..keje kosong baru je buka bulan 3 hari tu

    ReplyDelete

My friend say: