Tuesday, July 02, 2013

Preview: Inteam Iman dan Aman

Assalamualaikum semua..

First of all, mohon maaf sebab kurang aktif dalam beberapa hari ni. Masih banyak lagi blog kengkawan yang belum sempat dikunjungi. Harap dimaafkan ya.

Oh ye. Last week, aku beli album Inteam yang terbaru, Iman & Aman. Album ni memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Akan tetapi, beberapa single daripada album ini telah pun dikeluarkan terlebih dahulu seperti, Iman Aman, Iftar, Jatuh Bangun dan Nur Kasih 2011. Album ni ibarat reunion antara Inteam dan juga bekas anggota kumpulan Inteam iaitu Suhaimi dan Hisyam. Turut dijemput 3 orang artis nasyid jemputan daripada Hijjaz, UNIC dan Edcoustic.
Kalau beli album ini melalui laman web inteam mobile, berpeluang menikmati diskaun dengan harga album hanya RM20.90 daripada harga asal iaitu RM25.90. Paling menarik apabila turut disertakan dengan tandatangan anggota kumpulan Inteam iaitu Shah, Amin dan Rahim. Menarik bukan? 
Packaging album Inteam kali ini menarik buat aku kerana turut didatangkan dengan buku lirik bergambar. Sangat cantik dan sejuk mata memandang dimana lokasi penggambaran kulit album ini adalah kawasan sawah padi. Kelima-lima ahli asal dan lama Inteam turut ada dalam gambar-gambar ni. Menarik sangat. Manakala dibahagian belakang CD ini turut disertakan dengan kod untuk muat turun lagu-lagu dalam album ini sebagai caller ringtone. 
Album ini memuatkan sebanyak 12 buah lagu dengan 3 buah lagu adalah lagu duet (featuring artist). Mengambil tajuk lagu Iman & Aman sebagai tajuk album ini. Susunan lagu didalam album ini juga adalah sekata dan harmoni dimana diselang-selikan dengan lagu berentak perlahan dan rancak. 

Lagu yang paling menarik perhatian aku adalah lagu Mulakan Hari Ini kerana lirik yang penuh bermakna. Lagu ni berentak rancak dan liriknya juga senang untuk dihafal. Selain lagu ini mampu member inspirasi dan semangat kepada pendengarnya. Selain itu, Kau Ditakdirkan Untukku juga turut menarik perhatian aku kerana gabungan 3 suara yang cukup menjadikan lagu cukup menarik untuk didengar. Lirik yang menarik dan penuh makna. Kalaulah seorang isteri mendengar lagu ini atas saranan suami, confirm isteri akan rasa sangat dihargai. 

OK..secara keseluruhan, album ini memang antara keluaran Inteam Records yang terbaik. Pemilihan lagu-lagu yang menarik memang sesuai untuk dijadikan halwa telinga. Ada lagu bahasa Melayu, Arab dan juga bahasa Inggeris. So, kepada korang semua yang masih belum dapatkan album ini, sila-silakanlah membelinya ya. Mari kita sokong industri nasyid tanah air selain kita mendidik rohani. Semoga dengan mendengar lagu-lagu dalam album bukan sahaja menjadi halwa telinga tetapi turut memberi pengajaran yang bermakna buat aku.

Kalau nak dengar preview album ini boleh layari laman Youtube Inteam atau boleh juga terus dengar kat bawah ni.
Maaflah entri ni terlebih panjang ya. 

OK, till meet again

No comments:

Post a Comment

My friend say: