Friday, July 05, 2013

Jumaat

Assalamualaikum semua..Salam Jumaat buat semua umat Islam.

Hari Jumaat adalah hari yang sungguh berkat dimana hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan banyak peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat. Walaupun dah biasa diketahui tentang kelebihan hari Jumaat ini, rasanya tak salah kalau kita sentiasa berkongsi info dan sentiasa memperingati sesama kita tentang kelebihan hari Jumaat agar ianya sentiasa menjadi ingatan dan ilmu yang berguna buat kita semua.

Jom tengok kelebihan Hari Jumaat dan Kelebihan Menunaikan Solat Jumaat. Kat atas ni pun ada aku selitkan sekali lirik lagu Jumaat yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Inteam. Kalau nak dengar lagu betul, silalah search kat cik Google tak pun pergi je beli album Inteam tu ya.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

6 comments:

  1. Keindahan hari jumaat memang hebat kan dear...semoga apa yang kita lakukan diredhaiNYA amin.....
    salam jumaat dear :)

    ReplyDelete
  2. banyak kelebihan hari jumaat ni kan...

    ReplyDelete
  3. ada satu lagi kelebihan. Hari jumaat hari yg boleh balik awal :)

    Selamat Berpuasa..


    "Manggo crepe tu dalamnya ada isi buah mangga. Sedap jugk lah sbbnya krim dah manis. bila ltk buah manggo rasa manis tu kurang

    ReplyDelete
  4. jumaat kerja separuh hari je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik, untung keje separuh hari..saya kalau keje bnyk sgt smp lewat malam baru balik umah..

      Delete
  5. As Salam..Ana minta izin copy & paste..nice article

    ReplyDelete

My friend say: