Sunday, July 07, 2013

Jalan-jalan Cari Makan ke Pancake House International

 Assalamulaikum semua..selamat hari minggu

Korang pergi mana hari minggu ni? Aku dok rumah sepanjang hari. Wahh..best kot duduk terperap dalam rumah...hirup udara segar kat balkoni dengan angin bertiup kencang gitu. OK..mari kita start bercerita.
Last week, masa birthday aku, hari Sabtu lepas, kitorang 4 sekeluarga pergi ke Paradigm Mall, Kelana Jaya. Saja je jenjalan kat situ lepas balik dari FOC@ Menara MATRADE. Kakak aku bawa kitorang pergi kat Pancake House International sebab aku teringin nak makan kat situ. 
Sampai je terus tengok buku menu. Macam-macam ada tau. Dah namanya pun Pancake House kan, menu wajib of course lah pancake. Macam-macam jenis pancake ada disediakan. Dari yang traditional pancake yang makan dengan maple syurp dan butter sampai ke nama pelik2 pun ada. Lepas tu ada juga wafer yang turut disediakan selain beberapa menu yang agak berat. Kiranya kalau tak nak makan pancake, korang boleh pilih menu lain.

So, aku order pancake yang dalam tempoh promotion, Dreamy Chocolate Lava. So, inilah antara menu yang kami order.
Yang ni wafer yang ada aiskerim. Aku tak ingat namanya tapi yang pasti sedap dan wafer tu rangup serta ais kerim vanila yang sangat yummy. Memang kenyang dan boleh makan dua orang. Harga dalam lebih dari RM10 tapi aku lupa harga sebenarnya.
Yang ni wafer. Sedap dan dimakan sekali dengan maple syrup tak silap aku. Yang atas tu butter. Enak dan sedap sangat.
Yang ni pula Dreamy Chocolate Lava yang aku cakap tu. Sedap tapi tak melampau sangat lava chocolate tu. So, kalau korang makan gitu je memang tawar la jawabnya. Hehehe..yang ni 3 lapis tau. Ada juga yang 2 lapis. Harga yang 3 lapis dalam RM9.90 tak silap aku.
Yang ni jus epal mak aku order. Memang terasa kulit epal tu sekali. Sedap dan segar.

Ok..kalau korang dah biasa kat Paradigm Mall tu, silalah ke Pancake House International ya.OK..sampai sini je...ada hal lain pulak nak kena buat petang2 ni.

Ok..till meet again

IKLAN

4 comments:

  1. sedap makan snek kat situ!!!kire snek je lah...actually desert....buleh try neh!!!heheheh...

    ReplyDelete
  2. P#eoniX, haah sedap..nanti jangan lupa singgah situ ya

    ReplyDelete
  3. walaupun sy ni bkn peminat pancake tapi bila tgk gmbr2 ni rasa lapar la plak...hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete

My friend say: