Monday, July 15, 2013

Iftar @ Rasamas, Alamanda Putrajaya

Assalamualaikum...
Lately ni, kebanyakan entri adalah autopublish. Maaf ya, dibulan Ramadan ni memang aku siapkan banyak entri autopublish demi nak menjimatkan ruang masa yang ada. Korang pun mesti faham kan. Terima kasih banyak2 ya.

OK..Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga keluar untuk membeli hadiah untuk birthday anak buah tersayang, Aisyah Mastura tapi si kecik tu takde la sekali. Kalau tak nanti dah tak 'misteri' hadiah untuk beliau kan. So, kitorang keluar petang tu ke Alamanda Putrajaya je sebab plan asal nak ke Bazar Ramadan lepas siap beli hadiah Aisyah. Last2, plan semua bertukar disebabkan hujan lebat kat luar tu. Sampai kat Alamanda, parking penuh kat bahagian Utara. Ramai sangat orang, maybe sebab first weekend berpuasa kot, ramai juga yang nak berbuka diluar. Itu jangkaan aku la.

So, first step, macam biasa, kalau dah tujuan asal nak beli hadiah Aisyah, mestilah tujuan tu dilangsaikan dulu ya. Dari Toys R Us ke AEON Big kitorang cari hadiah. Haa..Aisyah request nak anak patung Barbie sebab dia kan suka berangan. hehehe. Tapi kitorang beli hadiah 'misteri' untuk Aisyah tau. Hadiah tu entri lain ya. Selesai beli hadiah Aisyah, tetibe je terover shopping pula kami ni. Memandangkan plan tahun ni kitorang nak buat kuih raya sendiri, tersangkut pulak beli oven. Disebabkan ada promosi, maka kembar aku kata, baik je beli sekarang. Maka dengan itu, terbelilah oven sekali dan membawa terbeli sekali Kellogs Cornflakse Jumbo Pack sampai 3 kotak disebabkan juga kerana ada promosi. Hahaha..dasar perempuan kaki shopping. Haih
OK..dah selesai beli barang-barang yang dirancang dan tak dirancang, kitorang terus je ke Rasamas. Tak risau sebab dah booking tempat dah. Kitorang datang awal sikit sebab nak cucuk insulin mak sekali. So, masa tengah duduk-duduk sambil tunggu waktu berbuka tu, kitorang sembang-sembang la. Ramai juga orang yang makan kat situ. 
Kurma adalah wajib ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kalau tak, tidak lengkap berbuka katanya. Kat bawah ni air kitorang order. Milo ais tu aku yang punya walaupun dia tawar disebabkan ais dah cari dalam milo tu. Bedal je la kan.
Ha...inilah menu yang kami order. Apa nama set ni pun aku taktau sebab yang order Kaknyah dan kembar je. Aku ngan mak, makan je. Hahah. Sedap la juga, mungkin sebab lama tak makan situ kot. Ada chicken ball soup, ada ayam percik, honey roasted chicken, shrimp tempura dan sayur campur. Meriah meja kecik tu sampai aku rasa, takde ke meja lagi 'kecik', sah-sah tak muat. ahahah
OK,...muka tengah makan takde ye sebab semua orang tekun makan. Ada juga yang kitorang tapaw balik sebab tak abis makan cam kentang goreng tu. Hehehhe
Ni aku dengan mak. Time ni tengah gigih tunggu waktu berbuka yang tinggal tak sampai 10 minit lagi. Bosan kot. Hahahha. Kat bawah ni, kembar aku dan kaknyah sibuk je la ngan handphone dorang. Heheheh. Aku ni memang jenis tak on internet kat handphone kalau tengah spend masa dengan family. Heheheh
Dannnn...inilah favorit aku dalam semua menu tu. Shrimp tempura. Alasan, sebab rangup je. ahahha
OK..selesai cerita iftar yang tak seberapa ni.

OK..till meet again.

2 comments:

  1. woaaaa rindu kat akk bila la dpt jumpa hehe

    ReplyDelete
  2. Nad, kak ain busy sgt la...nanti kita plan pelan2 ya

    ReplyDelete

My friend say: