Friday, July 19, 2013

Fridge Magnet

Assalamualaikum..

Mari kita lari sedikit daripada topik bulan Ramadan ya. Korang ada hobi tak? Apakah hobi kalian? Meh share ngan aku. Yang aku nak cerita ni actually bukan hobi aku pun sebenarnya. Aku ni kira tumpang sekaki je sebab aku pun banyak dapat buah tangan daripada kengkawan. Apakah? Haa... Fridge Magnet. 

Kisahnya, kembar aku ni peminat dan pengumpul fridge magnet. Ada banyak koleksi FM yang ada kat peti ais rumah tu. Sampai tak nampak dah badan peti ais tu. Isk isk isk..kijam kijam. Koleksi FM yang kami ada ni adalah dari dalam dan luar negara. Kebanyakkannya orang bagi sebagai cenderamata la. Ada juga yang kami beli sendiri tapi takde la banyak macam yang orang bagi.

Antara FM yang paling aku sayang adalah FM daripada ex-boss unit aku, En. Rashid yang sekarang ni bertugas di Seoul, Korea Selatan. En Rashid bagi FM bentul baju tradisional Korea. Punyalah aku sayang kat FM tu sampai sanggup tak keluarkan dari plastik pembungkus tu. Nasib memang boleh lekat. Hahah.

Kalau tengok koleksi yang dari luar negara, macam-macam bentuk dan comel2 je. FM yang dari luar negara seperti dari S.Korea, Philippine, China, Taiwan, Uzbekistan, Turki, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura. Yang elok melekat kat peti ais tu kira memang dah berterabur sebenarnya. Aku dan kembar dah susun elok2 dulu tapi sekali anak buah aku Aisyah pegi 'susun' balik ikut suka hati dia. Tu yang berterabur tu. Ada juga yang jatuh dan pecah sebab asyik kena langgar je ngan kitorang. Hahahah
Ok la..tak mau cerita banyak. Nak amik gambar FM ni satu-satu, OH NO memang tak rajin la. Baiklah, kalian tatapla gambar tak berapa nak santek ni ya.

OK..till meet again

3 comments:

  1. nory punye pon nak penuh dah...nak bodek hubby beli peti ais baru lah cmni..hehehe

    ReplyDelete
  2. keke penuh peti. sama macam mama nad :)

    ReplyDelete

My friend say: