Monday, July 22, 2013

Dugaan Ramadan...Part 2

Assalamualaikum..

Masih ingat lagi entri aku bertajuk Dugaan Ramadan

Allah itu hebat. DIA uji dengan bermacam cara. Lepas satu, satu DIA uji aku. Takpe, aku redha dan yakin dengan setiap ujian itu terkandung hikmah disebaliknya. Aku yakin dan cukup yakin sekali. 

Alhamdulillah, walaupun disaat getir bila berada ditengah-tengah jalan raya melihat keadaan kereta yang remuk, aku masih lagi diberi kekuatan untuk berhadapan situasi mencabar itu. Setelah berbincang dengan pakcik yang aku langgar keretanya itu, aku masuk dan alihkan kereta ke lorong kecemasan untuk melihat samada kereta aku mampu bergerak untuk pulang ke rumah atau aku kena minta bantuan tow truck.
Kebetulan ada seorang peronda DBKL disitu kerana kebetulan ada satu lagi kemalangan yang melibatkan beberapa biji kereta dilorong sebelah. Aku bertanya kepada peronda berkenaan samada aku boleh driver kereta untuk balik ke rumah. Peronda tu tolong tengokkan mana yang patut dan memberitahu aku yang kereta aku masih boleh bergerak seperti biasa cumanya jangan bawa laju.

Sebelum bergerak pulang, aku call Kaknyah beritahu yang aku alami kemalangan dan hendak pulang ke rumah. Sesampai dirumah, Kaknyah dan kembar yang baru pulang dari bazar ramadan Dengkil melihat keadaan kereta aku. Malam itu kami plan nak buat police report tapi hasrat dibatalkan kerana sebab tertentu.

Pagi Sabtu aku terima call daripada Balai Polis Sri Petaling. Sarjan Ahmad minta aku datang untuk buat laporan disana dan bukan di Balai Polis Putrajaya. So, sampai kat sana dah ada seorang lelaki Cina yang merupakan runner untuk urusan berkaitan claim insurance. Semasa berjumpa dengan Sarjan Ahmad, aku menceritakan sedikit apa yang aku alami dan Alhamdulillah, beliau faham situasi aku. Macam biasalah kena saman tapi Alhamdulillah, beliau tolong aku untuk dapatkan diskaun.

Selesai urusan dibalai, urusan penghantaran kereta ke bengkel di Seri Kembangan pula. Sebuah carrier datang untuk membawa kereta ke bengkel. Aku dan Kaknyah hanya ikut dari belakang untuk ketahui lokasi bengkel tersebut. 

Apa yang aku pelajari daripada insiden ini cukup berharga untuk dijadikan pengalaman berguna. Dari seorang yang langsung tak tahu macam mana urusan claim insurance, police report dan urusan-urusan lain, so far aku dapat idea apa nak buat untuk hari mendatang. 

Buat korang semua, hati-hati ketika memandu dan sila pastikan korang dalam keadaan yang cukup sedia untuk hadapi situasi cemas sebegini. Kepada Kaknyah, thanks so much kerana bantu Anim untuk selesai urusan kereta dan untuk kembar, thanks so much bagi pinjam kereta untuk kegunaan Anim pergi balik kerja. Nasib kembar aku ada dua kereta. Kalau tak, payah la aku nak pergi kerja.  

Ok.till meet again

4 comments:

  1. ada hikmah kan segala yang berlaku tu. betul cakap awak, sekurang-kurangnya awak dah belajar macam mana nak claim insurance

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, DIA permudahkan segala urusan...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sama pulak ngan kes adik shark..
    kaler kereta sama..
    model yg sama..
    naseb baek dia xdek apa2..
    sabar yer..
    naseb baek kamu pn xdek apa2.

    ReplyDelete

My friend say: