Friday, July 19, 2013

Dugaan Ramadan

Assalamualaikum..

Hari ini, Jumaat 19 July merupakan hari yang cukup getir buat aku. Dugaan Allah beri kepada aku hari ni. Aku mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat. Kemalangan yang langsung aku tak sengajakan dan tidak sedar bagaimana ianya berlaku. Ya..aku langsung tak sedar. Yang aku tahu aku rasakan silau yang buat mata aku susah untuk melihat pandangan hadapan.
Aku secara tak sengaja terlanggar kereta Honda yang dipandu seorang lelaki melayu. Aku agak panik setelah menyedari kereta aku dah langgar belakang kereta orang. Ya Allah, apakah dugaan ini?

Aku tak mampu nak tulis selanjutnya cumanya aku bersyukur kerana lelaki melayu tersebut agak bertimbang rasa dan tidak marah2 sebaliknya menerima sebagai ketentuan. Hanya maaf yang aku pohon. Doa aku, semoga esok segala urusan untuk kereta tersayang ni akan berjalan lancar. Doakan aku ya.


Image kereta aku sekarang. Tak sanggup nak share lebih2. Hanya rasa ralat yang tak terhingga dalam hati ini tatkala melihat keadaan Cik Pinky aku sebegini.
posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. sabar eekk...setiap yg terjadi ada sebab munasabab nyer..

    ReplyDelete
  2. ya Allah akk..
    xpe inshaaAllah okey je nie.
    nad bimbang akak agy dari kereta.

    ReplyDelete
  3. sabar tau.. hadapi segala ketentuan Allah dengan kesabaran. InshaaAllah ada berita gembira nanti :)

    ReplyDelete
  4. sabra ya dik.. dugaan bulan puasa

    ReplyDelete

My friend say: