Thursday, July 04, 2013

Apabila 'Dia' Semakin Hampir..

Assalamualaikum semua..

Jangan takut bila aku letak tajuk entri cenggitu. Takde maknanya nak takut sebab entri kali ni nak menyatakan ekspresi dan rasa hati aku akan kedatangan 'Dia'. Dia? Siapa Dia tu?

RAMADAN
Alhamdulillah, kurang lebih seminggu sahaja lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang mulia lagi barakah, bulan Ramadan. Jika tiada aral melintang, InshaAllah kita akan berpuasa pada 10 Julai 2013 katanya.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk hidup lagi dibumiNYA. Akhir bulan lepas genap sudah 27 tahun usia aku sebagai seorang hamba Allah. Alhamdulillah dan aku sangat bersyukur kerana masih berpeluang untuk menempuhi bulan Ramadan. Bulan yang sentiasa dinantikan kita semua.
Kalau ingat kembali kenangan Ramadan aku, banyak suka duka sepanjang bulan Ramadan sejak aku kecil sehingga dewasa ini. Walau apa pun, Allah SWT sentiasa memberikan ketabahan buat aku sekeluarga. Alhamdulillah.
Jadi, aku nak tanya kengkawan sekalian, apa perasaan kalian apabila Ramadan semakin hampir? Mesti tak sabar-sabar kan? Share la sikit experience korang dengan aku. Saja je nak dengar sebab rasa seronok je bila semakin hampir dengan Ramadan.

OK..till meet again.

2 comments:

My friend say: