Saturday, May 11, 2013

Kerja Hujung Minggu

Assalamualaikum semua..

Hari ni hari Sabtu dan hari ni aku bekerja sebab nak menyiapkan beberapa tugasan yang tak sempat nak siapkan pada hari bekerja biasa. Memandangkan aku keje gomen (government) dan kat ofis, kerja hari Sabtu ini bukan hari keje biasa cam mereka yang bekerja disektor swasta. So, kira ala-ala kerja kuat la ni..eh?..hahaha

Sepanjang minggu ni, aku memang busy walaupun bos dan pegawai takde, wasiat kerja tetap menimbun. Dengan kerja-kerja hakiki aku lagi, korang bayangkan bila semuanya nak cepat, tak serabut aku dibuatnya. Tambahan pulak, 8 Mei lepas deadline untuk officers yang dapat panggilan interview untuk kenaikan pangkat untuk submit salinan training card dorang. Maka, akulah yang tetibe terjebak busy dalam menyetelkan urusan dorang sebab aku yang in-charge untuk training card system tu. Biol aku bila semua dok call, hantar emel dan datang tempat aku since dari last week minta tolong nak setelkan problem training dorang yang dorang terlupa nak apply untuk direkodkan ke dalam sistem. Heh..penat aku sampai nak bernafas pun tak sempat kononnya.

Takpelah, aku anggap itu sebagai pertolongan untuk dorang. Tapi yang jadi masalah bila kerja-kerja aku tertangguh, haa....nilah sebabnya kenapa aku datang hari Sabtu untuk siapkan kerja-kerja aku. ADOI.agak-agak pukul berapa aku dapat siapkan balik pembetulan untuk list peserta teambuilding ni? Haa..aku pun taktau. Harap sempat lah ye. 

Ok..sekian dulu, mari sambung balik keje..kita kerja keras sikit hari ni ye..dah cukup dah 5 minit rehat ni. Ok..till meet again.

2 comments:

  1. saya dah kena keje ari sabtu minggu lepas sbb kena ganti..x bestnye..huhu

    ReplyDelete
  2. Ye ke Nick..banyak ke nak kena ganti?

    ReplyDelete

My friend say: