Monday, May 06, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan @ Murni Discovery

Assalamualaikum semua..

Maaflah tak update blog buat beberapa hari. Busy dan busy. OK..last week, hari Jumaat, aku, Mun dan Azi ke Kepong untuk jalan-jalan cari makan. Actually, waktu rehat yang panjang tu lah kami gunakan untuk mencari tempat makan yang menarik. 

Kami telah ke Murni Discovery Kepong Cafe. Dah beberapa minggu aku nak ke sana sebab nak merasa kelazatan makanan disana yang diwar-warkan memang sedap. Haa..Munirah lah heroin aku sebab dia yang tahu jalan ke situ. OK..kitorang ke sana tepat pukul 1215. Masa mula-mula nak ke sana, pening juga sebab confuse jalan masuk ke area kedai tu. Sesampai je kat sana, terus order makan.

OK..xyah la cakap banyak. Sebab kitorang cuma ada 3 orang je, so menu-menu inilah yang kami order. Apa yang boleh aku cakap, YES memang sedap dan sangat berbaloi dengan harga yang sangat berpatutan. Aku juga syorkan korang pergi kedai. Ke, korang memang dah tahu tentang Murni ni, cuma aku je yang ketinggalan zaman. Hahahah

Silalah lihat menu-menu yang kami order ni. Kalau suka, boleh google untuk lebih info ya.

Chicken Chop Special. Sedap sebab chicken dua lapis dan ditengah ada cheese.
Kalau tak larat, boleh makan dua orang.
Cucur udang yang rangup
Supper. Hidangan ini memang lengkap khusus untuk mereka yang
suka makan pelbagai rasa
Chicken Napolean. Slice chicken yang membalut sosej. Cukup rasa ayam dengan mayonnaise.
Hidangan ni pun cukup kalau nak makan untuk 2 orang tau 
Haa..sebab saiz hidangan memang big portion, kalau la korang bukan jenis makan banyak, boleh kalau nak share 2 orang. Tapi aku bangga sebab berjaya habiskan hidangan ini. Hehehe. Selain daripada menu-menu yang tertera dalam menu book, masakan juadah untuk makan tengah hari pun ada. Jadi, memang banyak pilihan untuk korang pilih. Menurut Mun, nasi lemak Murni ni memang sedap. 

Baiklah, sekian untuk malam ini. Nanti aku upload lagi gambar makanan ye. Harap tak jemulah. Ahahaha

OK..till meet again


6 comments:

  1. wah....tak habis tu nak makan...

    ReplyDelete
  2. wah... dah lama deno tak mkn western la... ini boleh mandatangkan jeles.. hehe..

    p/s: segmen deno lambat lagi tamat, 31mei.. jom la join... hihi^^

    ReplyDelete
  3. sedap lak bila tgk gambar2 ni...terliur lah...ajak husband cari r...hehehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Hatimi: Saya berjaya habiskan menu saya..hehehe

    Deno: Silalah jeles ye. Insha Allah, akan join..sedang cari info

    Munirah: Cubalah ye..memang sedap

    Nadya: Nad, memang sedap Nad

    ReplyDelete
  5. akk telah berjaya buat saya terliur di pagi hari..hehehe

    ReplyDelete

My friend say: