Thursday, April 18, 2013

Nak Baik Demam?

Assalamualaikum semua..

Kalau korang rajin visit blog aku, mesti perasan yang dah lebih seminggu aku tak update blog. Minggu ni baru start update balik.

Apesal aku tak update? Kisahnya, aku diserang demam yang teruk. Virul fever la pulak. Menurut doktor yang periksa aku, result blood test ok takde apa-apa. CUMA...tak cukup rehat dan menurut doktor lagi yang badan aku ni stress melampau. Haa...amik kau.

STRESS? OH...aku takde la hairan sangat sebab Doktor Su (Panel Doktor ofis) pun pernah cakap yang badan aku stress tapi aku tak sedar perkara tu. OK...disebabkan stress yang melampau dan melebih tahap ketahanan badan aku, maka aku pun demam kuat bermula Jumaat 5 April 2013 sehinggalah 15 April 2013. Cuba kira berapa hari dah tu..?

Sekarang ni masih lagi kurang sihat tapi aku bawakan juga sebab kerja banyak. Gagahkan juga la datang ofis. Tapi yang aku nak cakap ni bukan sebab punca aku demam ke, kaedah apa aku buat untuk hilangkan demam ke apa. Tapi aku nak cakap pasal selera makan aku.

Tau-tau je la kan, bila dah demam selera makan memang totally OUT. Bayangkan seminggu lebih aku tak makan dengan sempurna. Sikit sangat, ala-ala celah gigi je. Jadi, susut sikit pipi tembam aku ni.

Nak jadi cerita, minggu ni kan aku dah start kerja balik, selera makan aku agak lain sedikit. Bayangkan aku asyik nak makan dan makan. Hari Isnin je aku teringin pastry Free Mori. Maka, Kak Ida dan Khai jadi mangsa untuk teman aku ke Publika untuk cari makanan yang aku nak.

Selasa pula, Syaf dan Wan pulak jadi mangsa teman aku beli KFC dan Leomag Waffle kat Tesco Selayang. Dengan selera yang tak beragak, aku berjaya habiskan Tangy Zinger Hot Box tu sekejap tau dan separuh waffle tu aku habiskan. Haaa...nampak tak selera tu

Semalam pulak, gi beli Subway sebab lapar sangat. Mulut ni mereka-reka nak makan...adeh..jangan naik berat cukup la.

Alhamdulillah, hari ni selera makan balance sikit. Tapi pagi tadi aku makan nasi lemak dan tengahari makan nasi sikit dengan lauk biasa. 

Kata orang tua-tua, kalau dah ada selera makan tu tandanya nak baik demam. Betul ke? Kalau betul ok la sebab aku dah tak larat nak demam dah. Kerja berlambak kot kat atas meja ni dan takde masa nak manja-manja diri ok..

OK..sekian dulu bebelan aku..till meet again

3 comments:

  1. alhamdulillah dah baik...hehe tu berselera ke membalas dendam tu?

    ReplyDelete
  2. dah kebah ke di saat komen ini tertera

    ReplyDelete
  3. Hatimi: Saya pun tak sure..rasanya tekak ni nak balas dendam..saya ikut je..heheh

    TA: Alhamdulillah...dah sembuh dah

    ReplyDelete

My friend say: