Tuesday, April 16, 2013

Jom Ceria 1 Malaysia Bersama Perdana Menteri

Assalamualaikum semua..

Entri ni dah lama tapi baru sempat nak update sebab busy yang amat la melampau. Bayangkan kalau balik pun sampai lewat malam..confirm dah takde sempatnya nak update blog kan.

OK la.. Pada bulan lepas, 24 Mac 2013 bertempat di Putrajaya, program Jom Ceria 1 Malaysia Bersama Perdana Menteri telah diadakan dengan penyertaan yang terbahagi kepada dua iaitu acara jalan kaki dan berbasikal. 

Aku join acara Jalan Kaki sebab itu memang favourite aku. Hehehe..

Aku bertolak dari rumah lepas subuh sebab nak dapat parking yang dekat dengan tempat acara. Sampai je terus pergi redeem baju dan snek pagi. Baju T-shirt putih ada lambang 1 Malaysia. Itu WAJIB OK.

Acara bermula pada pukul 9 am dengan perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia siapa lagi kalau bukan Dato' Seri Najib Tun Razak. Sebelum acara perasmian, program dihiasi dengan persembahan daripada Persatuan Pendekar Malaysia yang mempunyai keahlian daripada persatuan pertahanan diri seperti Silat, Silambam dan Wushu. Seronok juga tengok aksi-aksi dorang yang tangkas ni..kira ok la.

Selain daripada itu, persembahan koir 1M4U yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Universiti Limkokwing dan sesi perkenalan dengan duta-duta belia Malaysia turut diadakan.

Acara berbasikal dan jalan kaki dirasmi oleh Datin Seri Rosmah Mansor dengan PM kita mengetuai acara jalan kaki. Ha..yang ni best sikit sebab PM kita jalan laju wei..walaupun umur dah tua tapi tenaga boleh tahan juga ye PM kita ni. Acara jalan kaki sejauh 5KM ni sebenarnya sama macam World Walking Day Nestle tahun lepas. So, takde la aku rasa seksa sebab dah biasa jalan kaki jauh camtu. Hehehe

Selesai je acara jalan kaki tu, aku terus je pegi tebus kupon makan pagi sebab haus dan lapar. Paling best bila sekretariat bagi aku 3 bekas mee goreng dan 3 air mineral. HAMBIK Kau..hahaha

Alhamdulillah, selesai acara, aku pulang ke rumah dengan perasaan happy sebab banyak keluar peluh. Kegemaran aku tu..hehehe
OK..till meet again

1 comment:

  1. bestnya kak.. saya dah lama x buat aktiviti camni.. rasanya kalau join, saya dulu krem kaki sume ni..sob3..

    ReplyDelete

My friend say: