Friday, March 08, 2013

Women's Day...Raikan Bersama Teman

Assalamualaikum semua..

Bersempena dengan Women's Day hari ni, aku, Azima, Munirah dan Wana ke Publika untuk celebrate hari khas untuk wanita ni. Kami raikan bersama-sama..khas untuk single lady only. Hahaha.

Memandangkan Publika tu cuma beberapa minit je daripada ofis kami, so kami bertolak dalam pukul 1230 pm. Walaupun ada MIFF Exhibition kat Menara tu, tapi tak menarik perhatian kami. Actually, plan nak ke Publika ni dah dirancang dari Khamis malam jumaat lagi. 

Aku, Mun dan Wana bertolak dulu sebab Azi belum pulang dari visit ke KLCC. So, kami berjumpa dengan Azi diPublika je la. First place kitorang pergi, haruslah ke sasaran utama iaitu Wondermilk. Haa...dari last week dah tergoda dengan gambar yang budak praktikal unit aku, Syafreena share dalam instagram. Terus tergoda dengan cup cakes Wondermilk. Dah la nampak menarik, comel pulak tu. 

Masa kat Wondermilk, kitorang plan nak makan kat situ je, sekali bila tengok menu, cam tak selera je. So, tapau je cup cakes dalam 6 biji. Dua cake setiap seorang untuk Aku, Mun dan Wana.

Setel kat Wondermilk, kami masih berkira-kira nak makan kat mana sebab diantara kami bertiga memang jenis tak kisah nak makan kat mana. So, jadilah masalah tak kisah tu. Hahaha..sudahnya tak tau nak makan kat mana. Aku call Azi untuk tanya dia nak makan kat mana and Azi cakap kat Subway. So, kami pun terus gerak ke Subway la.

After set tempat duduk, terus je pegi order menu masing-masing. Hmm..time ni memang pening sikit sebab masing-masing jarang makan Subway so, nak pilih menu tu berkira-kira jugalah. After setel order, kami duduk terus je makan. Haa...nak kata lapar tu tak la tapi makanan dah ada depan mata terus je la makankan. Sampai lupa nak amik gambar. Hehehe

Azi sampai semasa kami bertiga sedang makan. So, berkumpul kat situ memang best. Dapat berborak memang seronok. Kami bukannya hari-hari dapat berkumpul sebab masing-masing ada hal tersendiri dikala hari-hari biasa. Jadi, bila ada rehat panjang seperti hari Jumaat ni lah kami ambil peluang berkumpul dan berborak.

Apatah lagi, hari ni kan International Women's Day, so kiranya celebrate sekali la ni. Hahahah

So, kat bawah ni ada beberapa keping gambar cakes and cookies yang sempat aku snap.

Cup cakes Wondermilk ni memang sedap tau. Harus ulang makan sebab memang SEDAP. Walaupun harga agak mahal sedikit tapi berbaloi dengan rasanya. Cookies Free Mori tu Azi yang bagi sebagai buah tangan. 
Sehingga jumpa lagi dilain entri. Selamat malam semua.

6 comments:

My friend say: