Tuesday, March 05, 2013

Migraine Lagi

Assalamualaikum semua..

Saat aku menaip entri ni, aku masih bertahan dengan MIGRAINE. Ni first time aku kena migraine so, memang aku rasa bebal jap sal cara nak atasi rasa sakit migraine ni. Rasa kepala ni macam nak pecah.

Pagi tadi, aku berbual dengan seorang sahabat, Syahida yang merupakan pesakit migraine yang dah boleh kata tegar la. Aku mengadu kat Syida yang migraine aku ni tak hilang lagi. Ok..aku sangka, migraine ni macam sakit kepala biasa. Makan ubat 3 kali sehari dah boleh sembuh. TAPI aku SALAH!. Rupanya makan hari juga la nak hilangkan rasa sakit tu.

Walaupun dah makan ubat, tapi sakit tu tetap ada. Adoi la.. Ya Allah, rasa kepala ni macam nak pecah. Masa berborak dengan Syida, Syida suruh aku tuam kepala ni dengan ais sebab salur darah mengembang. So, aku minta Abg Azham tolong belikan ketulan ais kat pantry. Dapat je ais tu, terus masuk surau then tuam kepala.

Mulanya nak lelapkan mata sebab nak rehatkan kepala sekali ambik kau. Sakit tu tak hilang sampai aku tak boleh nak pejam mata langsung. Tuam sana sini pun tak berkesan sangat sampai aku rasa aku mengigau mimpi merepek ke apa pun tak tau la. Ni sakit punya sebab la kot.

Dalam hati, berdoa supaya Allah ringankan sikit sakit ni. Ntah cemana, masa tengah baring sambil pejam mata..aku dapat idea biarkan ais tu cair dan aku nak jirus kat kepala ni. 

Elok je ais tu cair, terus bawa gi toilet dan aku siram kepala aku ni dengan ais tu. Ambik kau...kebas kepala baru padan muka. Ada la sedikit lega sebab dah kebas kan..sakit tu pun hilang kejap. Tapi, sekarang ni masih lagi sakit sebab aku ngadap benda-benda bercahaya cam PC ni. 

So, apa nak buat? Aku malas dah nak MC sebab keja banyak la. Sekian, bebelan sakit si Anim..


9 comments:

  1. BW HERE :) http://catberrymilk.blogspot.com/2013/03/nak-free-header.html

    ReplyDelete
  2. ainim migraine ker? get well soon dear... take care...try makan ponston? or else makan euphamol 650?

    Farah pun selalu jugak kena migraine... kadang2 tu langsung x boleh nak bangun...nak pegi toilet pun merangkak... hu hu hu.... tau macam mana sakitnya tu...

    ReplyDelete
  3. sy dulu pun migrain tapi skrg dh kurang skit...awk kena rilex,jgn cpt stress...dok kat tmpt pns sgt2 pn xleh..
    smg cpt sembuh ek...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Memang seksa bila kita kena migrain.....
    AJ kadang2 je..

    ReplyDelete
  5. Farah: Ye ke? Alahai..kesiannya. Saya dh makan ponston 5 biji..harap2 ok la

    Munirah: Alhamdulillah, saya rasa tak stress tp tak tau la kalo stress secara tak sedar

    AJ: Saya ni first time kena.tu yg rasa sakit sgt tu

    ReplyDelete
  6. kalau kena migrain, elakkan duduk bawah lampu terang dan cuba tidur selepas mkn penadol ya? :)

    ReplyDelete
  7. Thanks Deno..saya dah ok sekarang ni cuma masih ada rasa trauma dengan migraine

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah kena..macam ngeri pula dgr sakitnya tu kuat macam tu..
    moga akk cepat2 baik ye..elakkan dia datang balik..

    ReplyDelete
  9. try minum air timun belendar dgn susu.takyah tapis..melegekan

    ReplyDelete

My friend say: