Sunday, March 10, 2013

Blogger Wanita Kami Prihatin

Assalamualaikum semua...

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia 2013, aku terpanggil untuk join segmen yang dianjurkan oleh blogger idola aku iaitu, Hasrul Hassan. Kalau kalian nak join juga, silalah join ye.

Isu yang ingin aku bangkitkan dan bermain diminda aku ialah isu di Lahad Datu, Sabah dan juga merokok dikalangan wanita.

Isu 1: Pencerobohan Lahad Datu, Sabah
Credit: Azlan Zamhari
Aku pasti kalian semua memang dah tahu sentiasa mengikuti perkembangan isu ini. Memang sedang hangat dan sesuatu yang sangat mengejutkan buat kita semua sebagai rakyat Malaysia. Sejak berlakunya insiden pencerobohan ini, setiap hari aku rasa tak tenteram memikirkan keselamatan keluarga Pak Cik aku yang duduk disana. Dengan lokasi yang hanya beberapa kilometer sahaja dari tempat kejadian. Bayangkan kalau kalian berada ditempat masyarakat Lahad Datu, apakah kalian mampu tersenyum girang sekarang? Sudah tentu tidak. Secara jujurnya, aku memang sangat marah dan geram dengan kelakuan segelintir rakyat kita yang menjadikan isu pencerobohan ini sebagai satu mainan politik. Pelbagai spekulasi yang timbul dan saling tuduh menuduh diantara pelbagai pihak. Tidak dinafikan masing-masing berhak untuk utarakan pendapat tetapi, tida perlulah sehingga menjadikan isu ini sebagai mainan politik demi untuk meraih penyokong. Apa yang aku lihat, hanyalah kebodohan dikalangan mereka yang hanya kuat melalak di Facebook dan Twitter dengan teori yang pelbagai. Dikala inilah munculnya pakar sejarah, pakar undang-undang dan penyiasat tak bertauliah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. 


Pesan aku, hanya satu, tinggalkan segala isu politik dalam usaha untuk menangani penceroboh ini. Bersatulah kita sebagai rakyat Malaysia dan berilah sokongan yang padu buat pasukan keselamatan kita yang berjuang sepenuh tenaga untuk mempertahankan kedaulatan negara. Sering aku terfikir dan hampir menitis air mata apabila mengenangkan pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas disana. Kita disini masih mampu tidur lena diatas katil empuk sedangkan mereka berjaga siang malam demi memastikan kesemua penceroboh dapat dihapuskan. Doaku agar pasukan keselamatan kita akan beroleh kemenangan dan kesemua penceroboh dapat dihapuskan juga mereka yang menjadi dalang dan tali barut penceroboh juga akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.


Isu 2: Merokok Dikalangan Wanita.
Sumber: Google
Isu ini bukanlah baru dinegara ini tetapi isu lapok kerana perokok bukan hanya dari kalangan lelaki malah, wanita juga tak kurang hebat dalam merokok ni. Cuma apa yang ingin aku perkatakan ialah, tidakkah wanita yang merokok ini bimbang akan kesihatan dalaman mereka? Maksud aku, sistem peranakan wanita. Bukankah itu sesuatu yang agak sensitif. Alangkan menghidu asap rokok pun mampu buat kandungan mengecil, apatah lagi kalo wanita mengandung yang merokok? Bukan sekadar mengata tetapi aku lihat sendiri didepan mata. Malah aku lihat wanita itu dengan bangga menghembus asap rokok ke arah wanita lain yang berada disekelilingnya tanpa ada rasa salah. Wow...otai tu. Aku ada baca tentang beberapa faktor wanita merokok dan ada yang kata dapat kekal kurus kalau merokok. Ada yang kata dapat release stress. Betulkah begitu? Sila betulkan aku ye kalau salah ye.


Terselit rasa simpati kepada wanita-wanita yang merokok ini. Apakah kalian tidak punya cara lain untuk amalkan kehidupan yang sihat? Tidakkah kalian risau akan tahap kesihatan kalian? Atau mungkin kalian rasa lebih stylo kalo merokok? Maaf andai ada yang tersinggung, cuma aku ingin nasihatkan, supaya kalian berhenti segera merokok kerana tiada kebaikan yang dapat aku lihat dengan merokok. TIDAK ADA SATU KEBAIKAN PUN. Semoga kalian akan mendapat kesedaran agar berhenti merokok. Sebagai wanita, aku memang ambil berat akan perkara ini. Bukan nak menyibuk tetapi perihatin sebagai wanita juga. Lebih manis kiranya andai kalian dapat berhenti merokok. Amalkan hidup secara sihat. Peace no war. :)

Disini aku sertakan link mengenai kesan merokok buat wanita: Kesan merokok kepada wanita

*Sekadar pendapat umum aku sebagai seorang wanita. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati

2 comments:

  1. merokok memang berbahaya utk kesihatan.. lelaki atau perepuan, yg pasti kesannya sangatlah buruk... say no to merokok!

    ReplyDelete
  2. kadang_kadang pelik tgk perempuan merokok ~

    pelik TAPi benar ....

    ReplyDelete

My friend say: