Tuesday, March 05, 2013

ADAB MINUM


Assalamualaikum....selamat pagi semua.

Dah breakfast ke?

Pepagi ni, mari kita bersama-sama baca dan ambil iktibar mengenai adab minum didalam Islam.
Khas buat kita semua terutama diri ini yang suka sangat minum berdiri..heheheh
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan

amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan
sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
(Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15).

ADAB MINUM
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka
minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya
kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan
pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk
penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Jazakallah hu khairan kathiraa.

12 comments:

  1. In Shaa Allah cube amalkan perkara yang baik. tq 4 info. (",)

    ReplyDelete
  2. kadang kalu terlampau dahaga, tak cukup nafas noks masa minum air. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kak Ina..saya mana sempat je kak..haha

      Delete
  3. betul tu... nice sharing...

    ReplyDelete
  4. Singgah tengahari.. bagus ni, jom sama-sama kita amalkan :)

    ReplyDelete
  5. Singgah tengahari.. bagus ni, jom sama-sama kita amalkan :)

    ReplyDelete
  6. maaf tirana aduka membaca back post.

    ReplyDelete

My friend say: