Thursday, February 07, 2013

Trip ke Kelantan [Part 2]

Assalamualaikum semua.dah lunch? Makan apa?

OK..hari ni Part 2 kisah Trip ke Kelantan. Part 1 dah update malam semalam.

OK..Malam pertama kami dinner di sebuah restoran yang terletak di daerah Besut. Kisahnya masa makan malam ni, kami ni punya lapar sampai semua orang asyik xleh berhenti bercakap sebab nak hilangkan rasa lapar. Ye la, tunggu hidangan sampai memang berzaman tau. Yang kelakarnya, elok je En Khairul (Program Leader) hantar sandwich dan pembantu kedai hantar chicken chop yang kawan aku, Fiza order, terus senyap kejap group kami. Mana taknya, semua dok melantak makanan tu dan kami berjaya abiskan xsampai 5 minit pun. Hahahha..dan lepas abis makanan tu, tetibe ibarat ayam bertelur, semua mulut kecoh balik...hehehe

Selesai dinner, kami pulang ke hotel. Dan program bersambung esok pagi 3 Feb 2013 untuk ke Majlis Pelancaran My Beautiful Malaysia Day 2013. Kami bertolak dari resort penginapan seawal pukul 7.15 am sebab nak make sure sampai awal dan senang bas dapat tapak parkir. Sesampai di Pantai Irama Bachok tu, kami bergerak secara berkumpulan menuju ke lokasi perasmian. Yang bestnya Datuk Mustapa Mohamed sampai awal untuk merasmi majlis tu.


Sebelum perasmian, acara dimulakan dengan senamrobik 1 Malaysia. Banyak la gerakan yang kami tak terikut sebab berdiri dah kebelakang, jadi x nampak instructor buat gerakan apa kat stage tu. So, tibai je la kan. Selepas perasmian, acara gotong royong pun bermula dengan kami dari MITI & Agensi diberi zon untuk kami melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan pantai Irama Bachok tu.

Haa...time kutip sampah ni memang macam2 ragam boleh tengok. Dengan budak2 sekolah yang join sekali program ni beria kutip sampah sampai ke tempat buangan sampah pun dorg kutip. Apa kes..lawak la budak2 tu. hehehe.. Ada yang siap bawa penyapu, macam2 gaya korang boleh tengok. Nak gelak pun ada gak. Hehehe..aku pun kutip gak tapi biasa la, time kutip tu angin kuat, jadi sampah tu separuh masuk plastik separuh keluar balik. Hahaha..janji kutip kan.

Selesai acara gotong royong tu, kami bertolak balik ke resort sebab rakan2 lain nak gI Pasar Siti Khadijah untuk shopping. Tapi aku dan kawan2 aku pilih untuk rehat je di resort sebab malas nak gi shopping. Ye la, kami kan bujang, masing2 jenis bukan kaki shopping..so, kitorang pilih untuk berendam dalam kolam je la. Ngeh ngeh ngeh...
Kami berendam lama la juga sampai rasanya terbakar kot kulit masing2. Setel berendam, balik bilik, mandi pastu tido kejap..tepat 2.30 pm kami gerak gi cari makan. Azima call teksi dan pakcik tu bawa kami ke tempat makan best punya. Makan seafood yang pelbagai tau. Kami order, sotong bakar, sotong celup tepung, megi ketam, tom yam, kailan ikan masin, air kelapa, teh o ais limau, laici.. Punyalah lapar sampai lupa nak amik gambar. Sekali time nak bayar, masing2 dan standby nak kuar duit banyak2 ni. Nak tau berapa harga semua hidangan tu? RM58 je... MAK AIII.. MURAHNYA.. memang berbaloi

Dah setel makan, kami singgah jap kat sebuah replika perahu amik gambar, lepas tu trus gerak balik resort. On the way balik tu, sempat lagi singgah beli jagung bakar, sata dan otak-otak original air tangan orang kampung kat situ. Sedapnya la kecuali jagung sebab bukan jagung manis. Tapi best la makan dengan suasana petang yang kuat angin. Tak terasa langsung penat. Yang penting perut kenyanG. Hehehe

Part 3 nanti nak masuk gambar2 dinner dan last day kami semua ke Terengganu plak ye..

2 comments:

  1. makan kat mana tu??
    macam sedap je lauk ikan tu..huhu
    kecur air liur.

    ReplyDelete
  2. Makan kt Besut..restoran ni ada atap nipah..ntah apa nama pun xingt. Yup, Nick, ikan 3 rasa ni memang sgt sedap. Sila la lapar ye..heheh

    ReplyDelete

My friend say: