Saturday, February 16, 2013

Syamsul Yusof ..Perubahan Ke Arah Kebaikan

Assalamualaikum semua..dah solat?

Jangan terkejut baca tajuk kat atas tu. Sebenarnya, aku dah lama follow Twitter Syamsul Yusof ni melalui akaun Twitter aku @Ainimrashihah (first account). Nak kata aku minat Syamsul ni pun tak la sebab aku memang x minat sangat artis Malaysia melainkan artis-artis nasyid je. Cuma aku mula follow Syamsul ni bila aku baca tweet-tweet beliau yang banyak kandungan nasihat dan berunsur pengajaran pun ada. Terus je tekan button "Follow".

Mari kita mulakan cerita ya.

Aku tak sure sejak bila Syamsul mula berubah ke arah kebaikan which I mean more to Islamic life. Tapi syukur Alhamdulillah sebab perubahan ke arah kebaikan beliau ini sebenarnya mampu beri impak yang sangat berkesan kepada para peminat beliau khususnya dari kalangan anak muda yang sangat meminati filem-filem arahan beliau. Alhamdulillah.

Jika dilihat kepada penulisan beliau didalam blog BURN & SOUL, kita dapat baca penulisan beliau yang penuh dengan maksud-maksud dan perkongsia idea yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak tentang hakikat kehidupan kita. Benar kata orang, penulisan yang baik dan ikhlas mampu beri impak kepada pembaca. Antara yang paling aku suka ialah Misi & Visi dimana beliau turut bertanyakan kepada para pembaca  1)Kita dari mana?, 2)Apa tujuan kejadian kita? , 3)Ke mana hala tuju akhir kita?. Termenungla jugak sebentar bila aku baca soalan tu. *Renung balik kehidupan aku.

Syamsul dan rakan baiknya Dr. Anwar Fazal juga turut menerbitkan single berjudul Bidadari yang ditujukan khas kepada kaum hawa.

Sedap juga lagu ni. Lirik yang penuh bermaksud.

Aku xmo bebel banyak sangat tentang Syamsul Yusof sebab aku tak terlalu mengenali beliau. Sekadar menjadi "Follower" beliau di Twitter dan blog sahaja. Membaca tweet-tweet beliau dan rakannya Dr. Anwar Fazal banyak memberi idea untuk aku memperbaiki kelemahan diri. 

Mari kita berdoa agar Syamsul Yusof akan kekal dengan perubahan yang sebegini dan doakan kejayaan beliau. Dakwah itu bidangnya luas, walau dengan filem terbitannya, cukup untuk memberi pedoman buat penonton dan bukan sekadar hanya berhibur.

Buat korang yang nak lebih mengenali Syamsul Yusof ni, boleh follow beliau di Twitter @burnsoul4u dan juga rakan beliau Dr. Anwar Fazal @DrAnwarFazal. Kalo masih belum tahu mengenai blog Syamsul ni linknya BURN & SOUL. Juga beliau ada jual hoodie yang bercorak Islamic BURN & SOUL Islamic Paraphernalia

*Sorry sebab penulisan yang simple..nak kenal lebih lanjut sila2 visit link2 yang aku bagi tu ye

3 comments:

  1. dr tu bukan sepupu dia ke? huhu baguih lah ada retis mcm ni...sedar dia dibumi Allah yg sementara

    ReplyDelete
  2. bagus la kalo ramai artis dah berubah kepada lebih islamic..boleh tarik golongan muda2 ni, dakwah melalui filem.

    ReplyDelete
  3. Xila: Ye ke? Hmm..sbb tu saya ckp saya mmg xkenal sgt ngan artis msia ni..hehehe...

    Nick: Syukur Alhamdulillah..

    ReplyDelete

My friend say: