Thursday, February 21, 2013

Rindu Arwah Abah

Assalamualaikum semua..

Ada yang dah tido? Kalo belum, sila baca entri ni. 
"Anim rindu abah". Itu ungkapan yang mampu aku katakan saat ini. Dah hampir 8 tahun abah pergi dijemput Ilahi. Abah aku memang sakit sejak aku kecil lagi dan abah juga blind after second operation untuk buang tumor dikepala. So, kiranya abah tak dapat melihat aku dan adik beradik membesar la. Tapi, orang yang buta mata seperti abah, diberi kelebihan celik mata hati. Abah boleh bayangkan bagaimana wajah kami adik beradik.

Abah aku seorang yang tegas tapi kelakar. Suka gurau dengan kitorang adik-beradik. Abah suka salah sebut nama-nama artis yang kitorang suke masa kecik-kecik dulu. Back street boys jadi basket ball la, macam2 la. Abah ni suka lagu-lagu pop yeh yeh. Maklumlah, tu kan zaman abah. A. Ramli antara yang arwah abah suka sangat tapi ada satu lagu A. Ramlie tu, kalo abah dengar, aku boleh nampak abah mengalirkan air mata. Mungkin sebab keperitan hidup dia apatah lagi disisihkan adik beradik dia bila dah sakit. Ya Allah, bertakung air mata bila ingat balik kenangan tu.
Abah ni masa arwahnya sihat, mak kata pandai masak tau. Arwah abahlah yang ajar mak masak. Maklumlah, mak anak bongsu dalam keluarga. So, memang dimanjakan oleh abang-abang dan kakak-kakaknya. Untungkan.hehe. Tapi bila kahwin dengan abah, mak banyak belajar masak daripada abah. Hebat tak abah aku?

Januari 2004, abah diserang epilepsi yang teruk sehingga menyebabkan abah dimasukkan ke dalam wad hampir sebulan. Sejak dari itu, tahap kesihatan abah terus menjunam teruk. September 2005, abah menghembuskan nafas akhir disisi emak. Kami adik-beradik tak sempat mengadap abah sebab masa tu aku dan kembar disekolah, kakak-kakak semua ada di Kuala Lumpur dan Putrajaya bekerja. Semuanya berlaku dengan pantas dan tanpa ada tanda-tanda. 

Bila kenang kembali, sedihnya kehidupan abah. Sudahlah sakit, disisihkan oleh adik-adiknya sehingga ke akhir hayat, tiada seorang pun adik-adik abah yang datang menziarahi jenazah abah. Tak mengapalah, mungkin itu dugaan untuk abah. Akan tetapi, aku yakin abah redha dengan dugaan Allah. Abah seorang yang pemaaf. 

Aku rindu abah. Rindu yang teramat sangat. Entah kenapa sejak akhir2 ni bila aku dengar berita kematian, rindu pada abah sangat mencengkam jiwa. Apa yang aku mampu buat cuma berdoa untuk kebaikan abah dialam barzakh. Semoga Allah sentiasa merahmati abah dan melindungi abah dari seksa kubur. 

Al-Fatihah untuk arwah abah, Abdul Rashid Bin Hashim (1956-2005)

3 comments:

  1. ainim. ...saya pun rindukan aruah abah .
    al fatihah. ..
    . salamperkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah....
    Moga dia ditempatkan di kalangan insan yang beriman.....
    Awak bersabar... banyakkan berdoa untuk dia disana.....

    ReplyDelete
  3. Sutera: Salam perkenalan dari saya juga.

    Ayue: Terima kasih..Insha Allah,

    ReplyDelete

My friend say: