Monday, February 11, 2013

Review: Tok Aman Bali Beach

Assalamualaikum semua...

Last week, aku telah menginap di Tok Aman Bali Beach Resort, semasa menyertai Program CSR MATRADE. So, sempatlah ambil beberapa keping gambar untuk buat kenang-kenangan.

Resort ni memang tak nafikan sangat cantik dengan suasana yang sangat menenangkan. Bertentangan dengan Pantai Bisikan Bayu, menjadikan resort ni sentiasa berangin. Bilik-bilik penginapan juga sangat selesa dengan setiap bilik punya balconi dan juga ada choice buat korang yang suka air-cond atau kipas. Kalo rasa malam tak mau sejuk, guna je kipas xde la beku dalam bilik. 

Kemudahan-kemudahan asas seperti peti sejuk, almari turut disediakan cuma untuk iron tu kena request la sebab dalam bilik xde sediakan. Kemudahan televisyen bersaiz 32 inci turut disediakan dengan beberapa channel antarabangsa yang tersedia dan juga ada 1 channel Thailand cuma xclear la. Selain itu, key card untuk access bilik pun jenis ala2 touch and go gitu. Kena scan pastu boleh masuk bilik.

Bagi korang yang suka berendam dalam air, kolam renang yang besar dan dekat dengan bilik turut disediakan. Best tau kolam renang dia. Sesuai untuk semua golongan dan turut ada papan gelongsor untuk lebih keseronokkan bermain air. Kolam yang dalam takat paras dada hingga leher (buat orang rendah seperti aku) memang best la untuk kita berendam dan berenang. Juga, terdapat kiosk yang menjual ais kerim bagi mereka yang ingin sekadar bersantai tepi kolam. 

Kemudahan seperti gymnasium dan spa turut disediakan. Kawan aku yang pergi spa bagitau memang urutan sangat best. Lega badan katanya. Dari segi menu makanan pula, terdapat 2 buah restoran iaitu Sutera Bayu Coffee House dan Thai Cuisine and Seafood restaurant yang menyediakan menu2 yang lazat.

Selain itu, bagi aktiviti riadah, ada beberapa aktiviti yang disediakan oleh pihak resort, cuma aku xtau la macam mana pakej tu. 

OK...setakat itu saja review Tok Aman Bali Beach Resort untuk kali ni. Buat korang yang merancang nak gi jenjalan cuti sekolah akan datang nanti, bolehlah pergi ke resort ni ya. Memang aku suggest kat korang semua. Ok...sekian..

So, mari kita tengok gambar2 sekitar resort ni k..



Kalo korang berminat nak menginap kat resort ni, boleh klik link website Tok Aman Bali ni.

No comments:

Post a Comment

My friend say: