Tuesday, February 05, 2013

Oh..Sudah Februari!!!!

Assalamualaikum semua...wah, 3 hari x update blog, macam2 post aku tengok yang blogger2 sekalian post.


Ni baru balik dari program 3 hari di Kelantan ni. Actually, Ahad ada try update blog through bloggerdroid tapi sebab line internet cam hampeh, sekali post tu tak publish daa...

Hmm, diam tak diam dah masuk bulan Februari kan. Sekejapnya masa berlalu. Apakah Januari korang berjalan dengan lancar? Aku? Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan di bulan Januari ni, tapi Allah permudahkan segalanya dengan memberi sedikit kekuatan dan ketabahan. 

So, dibulan Februari ni, aku harap segalanya akan berjalan seperti yang dirancang walaupun memang dah ada program yang dirancang tak jadi kenyataan, tapi xpe la. 

1hb hari tu dah cuti Hari Wilayah tapi hari ku diisi dengan busy packing baju2 nak ke Kelantan. So, cuti pun xserupa cuti. Busy dan letih sampai xleh tido. Padahal pepagi buta dah nak drive ke ofis. Penat, so masuk dalam bas, trus TIDO. hehehe. 

Eh, Chinese New Year dah nak dekat dah. Tinggal berapa hari je lagi. Korang dah ada plan nak join member2 Cina beraya sekali ke? Aku xdapat nak buat sedemikian sebab tak balik Perak. Alahai, rindunya nak celebrate CNY dengan kawan2. Kepada kawan2 aku yang berbangsa Cina, Happy Chinese New Year in advance untuk korang semua. Sheh Chian, rindu you la sayang..heheh
Ok lah..xmo membebel banyak..kang malam nanti nak update ceritera program kat Kelantan dan blogwalking blog kengkawan semua. Selamat berjumpa lagi...

No comments:

Post a Comment

My friend say: