Monday, February 18, 2013

Followers Dah Bertambah

Assalamualaikum semua..selamat malam. 
Dah dinner? Aku baru je sampai rumah setengah jam yang lepas. Penat betul drive petang ni. Dah la balik lambat skit. Sekali bila keluar je ofis, jalan dah jam. Adoi la..ni mesti kes orang sume dah balik ke bandar after cuti panjang kan. Seksa gak la nak tekan brek. Nasib keta auto, kalo manual mau meraung kot aku.

OK..mari tinggalkan keluh kesah jam sume tu. Lets be positive dan senyum je. Hihihi..

Alhamdulillah, sejak aku berikrar nak aktif balik dengan personal blog aku ni, trafik pun dah naik skit dan yang penting, followers pun makin bertambah. Walaupun tak seramai follower blog korang, tapi pada aku ini satu peningkatan yang baik la. Sebabnya aku ni memang baru je nak aktif balik dan masih lagi belajar cemane nak bagi meriah personal blog aku ni. Kalo fan blog aku tu, xrisau sangat sebab masih ada pengikut setia yang akan hari2 visit blog tu. Ye la, dah aku update sal Super Junior hari2 kan, mesti dorang buka sebab nak baca update sal Suju.
Lain pulak dengan personal blog aku ni, banyak yang perlu aku lakukan untuk meriahkan lagi blog ini demi menarik minat para pembaca untuk membaca blog ini. Walaupun entri aku xsehebat blogger2 lain diluar sana, namun aku masih lagi berusaha untuk memberikan yang terbaik buat pembaca2 yang aku sayangi. 

Terima kasih diatas kesudian kalian untuk melawat blog aku hari2. Alhamdulillah, korang secara tak langsung telah menyumbang kepada peningkatan trafik blog aku dan yang paling best korang juga telah membantu menambah sumber kepada akaun Nuffnang aku. Hehehe..itu paling best. HAhahaha..Terima kasih bebanyak ye.

Korang semua memang baik, aku hargai kepada semua yang follow blog aku yang x sempurna ni. Terima kasih kepada blogger +hasrul hassan yang banyak bagi panduan dan tips untuk aku sebagai seorang blogger untuk memperbaiki kemahiran berblog. 

Sekian, terima kasih.

3 comments:

  1. salam dear...singgah sini, jenguk2 dan follow juga...

    ReplyDelete
  2. Hai sis ; cantik blog sis ~ tertarik najihah tgk ;)

    Btw nice entri tooo :)

    ReplyDelete

My friend say: