Tuesday, February 19, 2013

10 tanda-tanda manusia yang mempunyai SAKA

Assalamualaikum semua..

Malam ni seperti biasa, blogwalking blog kengkawan. Tapi aku tertarik dengan beberapa entri I Luv Islam.
Mengenai saka. Aku pernah ada pengalaman tengok orang tua yang ada saka makan tau. Dia punya selera, kalah kot orang yang kuat makan. Hehehe..badan kecik tapi selera ibarat mak badak.heheh.

Kenapa masih ada segelintir masyarakat yang memiliki / mempunyai saka? Antaranya ialah sebagai penjaga, untuk kecantikan, untuk kekuasaan dan macam2 lagi la. Jadi, apa tanda2 orang tu ada saka?
1. Menderita sakit yang tidak diketahui apa punca nya.. Pergi ke klinik/hospital doktor tidak mengesan apa punca peyakitnya..Begitu jua dengan sakit jantung,dengan tanpa diketahui tiba2 dapat serangan jantung..
2. Sakit yang dideritai berpanjangan dan berulang-ulang. Mislanya gastrik,kencing manis,darah tinggi,maigrain yang tidak akn sembuh dan kekal di dalam badan pesakit. Hilang hanya seketika,kemudian datang semula..
3. Menderita penyakit misteri.. Asyik terkena sihir sahaja.Rupa nya sihat akan tetapi sebenarnya sakit. Adakala nya serperti tidak boleh tengok matahari,sentiasa hendak tidur,lemah,lesu dan sakit pada badan yang tidak diketahui oeh sebabnya..
4. Penyakit keturunan serperti kemurungan.gout dan gila.
5. Jodohnya panas.. Cth nya serperti susah dapat jodoh,ada orang suka akhirnya tidak jadi,kadang-kadang sama suka,tapi akhirnya tidak jadi kahwin.. Semua ada kaitan dengan saka,yang selalu menggangu perasaan..
6. Sukar mendapatkan zuriat,kadang-kadang sudah kahwin bertahun-tahun masih tidak dapat cahaya mata.. Apabila saka itu sudah ada di dalam badan maka ia tidak mahu berkongsi dengan orang lain apabila sudah dapat makan dari tubuh manusia.. Ada yang boleh mengandung akan tetapi selalu keguguran,biasanya berhadapan dengan saka jin nenek.. Anak hilang di dalam kandungan itu juga disebabkan oleh saka itu dinamakan saka bunian atau saka kayangan,ia jenis haruman..
7.Mempunyai emosi yang tidak stabil,sering beremosi,cepat merajuk,cepat marah,sensitif yang kerterlaluan dan cepat naik angin..
8. Jauh daripada ALLAH,semakin lama semakin liat untuk melakukan ibadat.. Ada juga kes yang apabila diberi sepotong Ayat Al-Quran dan zikir di amalkan mereka tidak mampu mengamalkan nya,rasa panas,malas,mengantuk sangat,hingga tidak dapat melakukan nya..
9. Di dalam keluarga ada anak-anak yang sangat nakal,kecil-kecil sudah melawan orang tua dan terlalau degil..
10. Salah satu tanda lelaki yang mempunyai saka ialah isteri orang sangat tertarik kepada nya.. Bukan nya anak dara.. Itu semua nya kerja saka.. Jika tertarik maka satu kejayaan bagi iblis yang menghancurkan rumah tangga manusia..
Sumber : luvislam92
Kesimpulannya, sebagai orang Islam, kita sepatutnya mengelakkan diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang membawa kepada syirik dan khurafat ni. Kalo korang ada kenalan yang punya saka, sebaiknya berjumpalah dengan para alim ulama yang mampu membantu membuang saka tu dan bertaubatlah. Mohonlah segala kebaikan daripada Allah SWT. Insha Allah, hidup akan lebih berkat.

5 comments:

  1. pasal saka ni memang scary...lagi2 saya ni memang penakut... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. sama la..tp yg saya tgk ni mmg scary sbb arwah tu makan cam org bertahun xmakan..cam lapar sgt..tau2 je seperiuk nasi abis tau

    ReplyDelete
  3. bahaya kan saka ni? hurmmmm... mintak dijauhkanla dari semua benda ni.. hak nenek moyang kite dulu2 kite mana nak tau kan? huhuhu... takut lorh!

    ReplyDelete
  4. Anis: Betul tu, nasib keluarga saya xde saka. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Errt... Tanda2 tu rasenye bukan mcm saka.
    Lagipun penyakit2 yg di sebut tu boleh di ubati. Penyakit yg berpunca dari makanan kita seharian. Takda kena mengena pun.
    Saka hanya akan turun jika ada waris yg nak sgt benda tu. Jika tidak ianya tidak bertuan. Jika jodohnya tiada itu adalah urusan Tuhan. Jika emosinya terganggu cari lah penawarnya.
    Mungkin kenyataan di atas hanya universal tidak spesifik. Setiap penyakit ada penyebab dan ada penawarnya kecuali mati.
    Jadi dalam hal ini seeloknya penulis asal mengkaji dahulu sebelum menghebahkan. Bimbang jika khalayak membacanya tanpa menyelidik sebabnya akan menimbulkan fitnah pada orang lain atau individu yg terlibat.
    Islam menyuruh sentiasa bersangka baik sesama manusia. Jadi seharusnya artikel ini diolah semula supaya tidak timbul kekeliruan.

    ReplyDelete

My friend say: