Wednesday, October 05, 2011

When The Baby Meet The Father..OMONA!!!

Annyeonghaseyo (cute sound)..hehe


Kali ni kesahnya pasal show kat KBS Joy, Hello Baby. SJ Leader, Leeteuk telah "dilantik" menjadi ayah kepada seorang baby yang tersangat la CUTE..sumpah x tipu. Memang cute. Kalo korang ada tengok show ni mesti korang terpikat ngan baby tu.

Nama penuh baby ni ialah Kim Kyumin..haa nama pun dah dekat ngan nama Kyuhyun & Sungmin..senang cakap combination nama dorang la kiranya ni. Kyumin ni berumur 1 tahun 3 bulan. Baby ni jadi watak utama dalam show ni.

Cakap pasal "appa" plak, Eeteuk telah menjadi "ayah" kepada Kyumin dalam show ni dan girl group SISTAR pula telah menjadi "ibu" kepada Kyumin.

Show ni memang sangat best sebab korang dapat tengok gelagat manja Kyumin dan perangai gila2 baby si Kyumin ni. Setiap kali tengok muka Kyumin ni memang korang rasa sangat gembira sampai rasa nak melompat2.


"Behind the scene" pasal Kyumin ni ialah baby ni memang fan Super Junior tau. Dia akan menari-nari goyang-goyang badan kalo dia tonton video music Super Junior. Itu kata mak kandung Kyumin. Masa 1st ep show siap ada video Kyumin menggoyangkan badannya dan terus berkejar ke tv bila nampak bakal "appa" dia dalam MV Mr. Simple. Sweetkan?

1st episod Hello Baby adalah perkenalan Kyumin kepada ayahnya dan juga ibunya. Paling menarik bila Teuk "appa" sedang mencari baby yang bakal dijaganya, Kyumin seolah-olah macam dah kenal je ngan "appa" apabila namanya dipanggil oleh Teuk, terus dia memandang "appa" Teuk. Yang bestnya bila dia cam gembira je dan langsung xmenangis bila dipegang dan didukung oleh Teuk.

Teuk pula seakan terkejut kerana xmenyangka yang baby yang bakal dijaganya adalah terlalu kecil (muda). Hahaha, tengok reaction dia memang best..muka B.L.U.R.

Kyumin ni takut pada bunyi itik..dia menangis bila Teuk "appa" memicit patung itik yang mengeluarkan bunyi. Kesian Teuk "appa" bila hampir 10 minit baru dapat pujuk Kyumin berhenti menangis.

Apapun, bila nampak Teuk "appa" bersama baby Kyumin bersama, mereka nampak sangat serasi dan Kyumin sendiri begitu selesa bersama "appa"nya. Senyuman sentiasa dibibir "appa"nya dan "appa" jugalah yang sentiasa berjaya membuatkan Kyumin tersenyum dan berhenti menangis.

Mungkin keirasan muka mereka membuatkan mereka serasi bersama.

Sekarang baru masuk episod ke-5 show ni dan perjalanan mereka masih panjang lagi. Kalau korang tau tentang show ni, jangan miss any episode of the show ok?

2 comments:

  1. tgok show ni, imaginasi liar aku pun berkata yang si leeteuk ni kahwin 4. hihi

    ReplyDelete
  2. bkn bakal tambah bini sorang lagi ke nnt? hahahaha.. kalah kita org islam

    ReplyDelete

My friend say: