Friday, July 07, 2017

Katakan TAK NAK! Merokok

Assalamualaikum...

Kali ni nak share berkenaan tweet Dr. Rafidah Abdullah semalam mengenai serangan jantung terhadap seorang perokok yang berusia 31 tahun.
Sudah acap kali kita baca artikel-artikel disurat khabar mengenai bahaya atau kesan merokok malah, pelbagai kempen juga diadakan bagi memberi kesedaran mengenai kesan buruk merokok. Namun, bukanlah mudah untuk menjayakan kempen ini andai si perokok sendiri tiada kesedaran untuk berhenti merokok. Am I right?

Kebanyakan perokok ini mula merokok seawal usia remaja lagi dan kebiasaannya kerana ingin mencuba-cuba sahaja. Ada juga yang terpengaruh atau mengikut kawan dan tak kurang juga kerana melihat bapa atau saudara mara yang merokok. Makanya mereka ini terus terjebak menjadi perokok tegar. Ada yang heavy smoker ada juga yang biasa-biasa sahaja. 

Rasanya tak perlu nak explain lebih-lebih tentang bahaya merokok sebab aku yakin korang especially yang merokok dah aware sangat akan kesan merokok kepada diri dan juga orang sekeliling. Tapi kalau korang nak tahu juga, boleh klik di SINI

Kalau tengok balik kepada apa yang Dr. Rafidah share ni, aku sendiri pun seram tengok. Umur baru 31 tahun kot, sebaya usia aku ni. Bayangkan untuk 13 tahun beliau merokok (heavy smoker). Aduhh, semoga pesakit dipermudahkan untuk sembuh ya.

Aku selalu berdoa dan berharap kawan-kawan yang merokok tu, akan segera sedar dan ambil tindakan untuk berhenti merokok. Ada je kengkawan yang aku kenal merokok. Jujur cakap, aku ni alah dengan asap rokok...sesak nafas. Ada juga kawan-kawan yang aku kenal pernah cuba untuk berhenti merokok. Macam-macam juga yang dorang cuba. Ada yang berjaya ada juga yang masih belum berjaya. 

Bagi korang si perokok yang ada sedikit kesedaran untuk berhenti merokok tu, aku doakan korang tak pernah putus asa dan sentiasa kuat dengan azam untuk SAY NO TO SMOKING. Boleh klik SINI dapatkan ilmu, pelajari dan seterusnya berusaha untuk berhenti merokok. Insha Allah, kalau niat dah ada tu, tinggal untuk laksanakan saja. Jangan putus asa, sentiasa tadah tangan berdoa pada Tuhan agar dikuatkan iman untuk berhenti merokok. Paling penting, sayangilah diri dan orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya.

Katakan TAK NAK! Merokok
taknak.myhealth.gov.my

Wallahualam

6 comments:

  1. Kalau dah merokok mmg susah nak berhenti.. ada kawan yg merokok beberapa kali nak berhenti tapi tak berjaya sbb diri sendiri tak dpt menahan. Moga perkongsian ini membantu para perokok utk sedar dan berhenti, in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah abah saya dulu berjaya stop smoking. Usaha dia adalah dgn mkn kopiko dan sugus everytime dia rasa nak merokok

      Delete
  2. Peringatan buat diri sendiri.... huhu

    ReplyDelete
  3. Memang menakutkan. Selalu kejadian emergency sebab ni la jugak. Beringat la kita sebelum terkena. Dah terkena baru nak menyesal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap para perokok ni akan segera insaf

      Delete

My friend say: