Thursday, July 06, 2017

Bila Bateri Handphone Dah Nazak

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua...dah lunch? Kalau yang berpuasa tu, Alhamdulillah...semoga beroleh pahala hendaknya.

Sebenarnya tak nak cerita tapi hmm...cerita je la. Kenazakan bateri handphone aku ni. Hmm... handphone aku guna sekarang ni ialah Samsung Galaxy S4. Beli masa awal tahun 2014 haritu. Alhamdulillah, masih berfungsi dengan baik sehingga sekarang walaupun haritu dia buat hal. System tak function. Tapi, cik kembar dah reformat hp ni dan update software baru as according la. 

Tapi, tapi tapiiii...sebenarnya aku rasa selain sistem problem haritu, masalah utama adalah bateri phone ni yang sebenarnya dah minta ganti baru. Sebelum raya haritu ada juga survey kat Mines, siap tanya member ofis ni mana-mana website yang jual bateri original tapi harga discount.

Jujur cakap, aku tak nak beli yang tak ori atau yang gred AAA tu sebab tak nak ambil risiko. Biarlah kena bayar mahal sikit janji original. Actually, masa survery haritu dapat harga RM90 & RM80. So, plan aku nak beli lepas dapat gaji bulan Julai ni. TAPI....ni dah tak sempat nak tunggu gaji ni. Dia buat hal macam-macam pula bateri ni.

Off sendiri tu takyah cakaplah, tengah taip mesej...tetibe off. Bateri dalam 70%, tetibe jadi 30%. Dari 50% jadi 0%. Camane tu? Siapa nak jawab? Hmm..nampak sangat nak suruh ganti. Bak kata kawan aku, Aya, dah nak masuk 4 tahun, memanglah dia buat hal.

Ni yang sempat aku survey kat Lazada....tapi survey harga je la. Senang nak bajet duitkan.

Doa-doalah bateri hp aku tu bertahan lagi malam ni ya.

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. Jangan beli yang klon punya atau murah sangat... silap2 boleh meletup bila tengah charge...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg cari yg original je, sbb tu jd cerewet bila nk beli bateri hp ni

      Delete
  2. Bila orang pandai menulis kan. Bateri pun jadi entri. Saya tak pandai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...kena ligat cari idea menulis

      Delete
  3. New followers kat sini ..
    CCL pengguna samsung hampir 5tahun ..alhamdulillah fone semua masih ok ..tapi bateri je CCL dah tukar baru ... pakai sunglobal ..memang berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah CCL, saya pun beli yg sunglobal juga

      Delete
  4. "Hehehe...kena ligat cari idea menulis" you said this above.

    Saya memang cari idea. Kadang2 idea dah ada tapi masih tak tau nak tulis. Tulisan saya semua hancus. Semua ke laut ikut nelayan. Nampaknya saya kena pergi sekolah semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya menulis secara santai..apa yang terlintas dlm fikiran saya, cumanya saya olah supaya nampak lebih mesra pembaca.

      Delete
  5. semua hp macam tu kak . hp farah selalu jadi panas .rasa macam boleh gosok baju hilang kedut je kepanasannya tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tny org kedai, dia kata yg panas tu actually motherboard phone, bukan bateri

      Delete

My friend say: