Monday, June 05, 2017

Zikir Hati & Sucikan Hati

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua...dah masuk hari ke berapa kita berpuasa ni? Korang jawab sendirilah ya.


Tajuk kat atas tu nampak macam nak bertazkirah je gayanya kan? Padahal bukan nak berceramah pun tapi sebenarnya nak share dua lagu baru yang dilancarkan oleh kumpulan nasyid popular tanah air iaitu Inteam dan juga UNIC. Apa tajuk lagu tu? Hmm...dah share kat tajuk entri pun.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kumpulan Inteam dah pun lancarkan single terbaru mereka iaitu Zikir Hati. Dah dengar ke belum? Aku dah dengar dah...lagu ni rentaknya slow tapi santai. Menarik juga...


Klip video ni dilakukan semasa lawatan Inteam ke Beijing baru-baru ini. Haa...kira fresh betul la ni..haha... Elok juga jadikan halwa telinga dibulan Ramadan ni..selain daripada membaca Al-Quran.

Haa...dah kita berzikir, mari kita beramalh jariah dengan bersedekah. Konsep sedekah itu luas sebenarnya tapi biarlah memberi dengan ikhlas dan setulus hati... ewah. Sebenarnya nak cakap pasal lagu baru UNIC iaitu Sucikan Hati.

Sucikan Hati ini merupakan single UNIC yang berkolaborasi bersama RTM untuk kempen Ramadan dan Syawal tahun ini. Dengar lagu ni je dah tahu pasal apa kan. Apatah lagi dengar suara-suara UNIC yang sungguh merdu. Maklumlah..juara Gema GegarVaganza la katakan. 



Personally, aku memang minat dengan kedua-dua lagu ini..bukan bermusim untuk minat nasyid sebab dah menjadi kegemaran since zaman sekolah rendah lagi. Apatah lagi Inteam & UNIC ni memang favourite aku dari zaman sekolah hingga kini. Kebetulan pulak release new single dalam jarak waktu yang dekat...dibulan Ramadan pula tu..elok sangatlah tu. 


Boleh jadi halwa telinga tiap-tiap petang drive balik kerja. Lagu terbaru apa yang menjadi minat korang? Share sikit.

Okay...till we meet again

No comments:

Post a Comment

My friend say: