Saturday, June 10, 2017

Warna-Warni Aidilfitri 2017

Assalamualaikum....

Dah masuk hari ke 15 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah..semoga dipermudahkan segala amal ibadah kita dibulan puasa ini.
Hmm...mari kita teruskan topik pagi minggu ini. Tengok tajuk je dah tau aku nak cakap apa ek? Hahaha..korang ni memang bijaklah.

Begini, bersempena dengan penganjuran program Warna Warni Aidilfitri 2017 oleh Kraftangan Malaysia yang bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menarik khalayak bertandang ke program ini. Bukan sekadar ada pameran bertemakan hari raya, ada demo kraftangan dan juga jualan pelbagai barangan keperluan hari raya. 

Menarik lagi, selain daripada jualan dan pameran ini, turut dianjurkan beberapa pertandingan dan antaranya ialah yang akan berlangsung pagi ini iaitu Pertandingan Riuh Rentap Raya (3R). Dah ala-ala running man katanya. Betul ke tidak? Entahlah..akak pun xtau
Apa yang pasti untuk pertandingan ini, aku dan kawan-kawan ofis serta kembar no 3 kita, blogger femes +Sally Samsaiman juga turut menyertai pertandingan ini. Haa...tengoklah macam mana keputusannya petang karang ya.

Menang ke tidak tak penting untuk aku. Kalau menang tu bonus, tak menang tu at least dapat gain experience and knowledge. Apalah cabaran yang akan diberikan kepada peserta nanti ya. Kalau Nescafe Tarik Challenge dulu, kena pusing sekitar KL untuk selesaikan cabaran. Haa..yang kita tawaf Kompleks Kraf Kuala Lumpur tu maybe? Hahaha
No idea...korang tunggu je la update di entri terbaru malam ni kalau sempat ya. Nak tau lebih lanjut mengenai program Warna Warni Aidilfitri  2017 ni, klik je SINI ya.

Okay....till we meet again

No comments:

Post a Comment

My friend say: