Wednesday, June 14, 2017

Tema Raya Apa Tahun Ini?

Assalamualaikum...
 Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest


Dah selesai lakukan persiapa raya? Kata orang, prepare awal-awal ni bagus untuk elak kelam kabut bila dah nak dekat raya. Lagipun, di 10 akhir Ramadhan ni elok pertingkatkan lagi amalan kita kan.

Apa pun, nak tanya ni, apa tema raya korang tahun ni? Family aku tahun ni pula pilih warna pink. Pilihan anak buah aku yang seorang tu...Aisyah. Bila tanya pink yang macam mana...rupanya tak kisah, asalkan warna pink gitu...sweet sweet gitu. Makanya pinky pinky la kita tahun ini ya. 

Hmm..bila cakap pasal outfit raya ni, aku sukakan baju yang design nampak simple tapi elegance dan tak terlalu serabut dengan mainan warna. Senang cakap, aku ni suka yang plain. Baju corak-corak ni aku memang kurang sikit. Bukan setakat baju je...untuk tudung pun macam tu juga. Maybe sebab aku tak suka nampak serabut kat badan. 

Selain tu,  design baju pun amat aku titik beratkan. Kalau boleh taknak nampak terlalu gah tapi just nice untuk hari raya.. gitu. Sesekali bergaya tu okaylah juga kan. Tapi kalau terlalu gah kang aku pakai sekali tu je la..hahaha. Begitu juga dengan tudung..aku prefer pakai shawl sebab senang nak style. Warna pulak aku suka kontra dengan warna baju. Takdelah colour blocking tapi boleh match dengan warna baju tu. Kasut pulak, dah tentu aku pilih yang jenis sarung dan bukan high heels...senang nak bergerak.


Rania Adeeba Baju Kurung Sofeyya | LINK
Baju ni simple dan wuduk friendly...memudahkan aku sebenarnya. Tak terlalu meriah, just nice kan? Cutting badan pun takde menyerlah sangat


Ashh&Annas Dayana Kurung Little Miss Bricks | LINK
Nampak tak yang ala-ala macam saloma tu? Kat bahagian pinggul tu tertutup. So, takdelah segan sangat aku nak pakai...warna pun plain dan menepati tema tahun ini, iaitu PINK.



Mumuscarves London Series Long Shawl - Autumn In London | LINK
Shawl daripada Mumuscarves ni memang menggoda hati sentiasa. Warna pastel dan bertemakan London memang sesuai dipakai dan tampak manis je. Material pun berkualiti tinggi. 

Naelofarhijab - My Love (Alloy) | LINK
Memandangkan baju pink tu plain..sesuai rasanya dipadakan dengan Naelofar Hijab My Love berwarna kelabu ni kan? Lagipun shawl ni senang bentuk. 


Mango Saffiano Cross Leather Effect Tote Shell Shoulder Bag (Black) | LINK
Haa...beg ni paling sesuai dengan style aku. Kadang tu malas nak pegang ala mak datin, kita sangkut kat bahu...ayuh jenjalan..ahaha
Riang Ria Raya 2017
Semua baju, tudung dan beg yang aku share ni boleh didapati di Lazada. Bersempena dengan hari raya yang bakal menjelang ni, Lazada mengadakan jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya 2017 (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/). Segala keperluan persiapan raya ada dijual dengan diskaun sehingga 90%. Mana nak dapat diskaun gila punya banyak macam ni? Pergi kedai pun belum tentu lagi. Tunggu sehari nak raya baru ada lelong kot..haha

Dah..apa lagi..cecepat pergi ke Lazada dan belilah keperluan yang patut ya..tapi jangan sampai membazir pula...berpada-pada dalam berbelanja.

Okay...till we meet again

12 comments:

  1. Dulu semasa saya ada wife dia yg prepare semua untuk raya. Sekarang dia dah tak ada, saya prepare ala kadar he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ya awak. Apa yang penting untuk anak kan

      Delete
  2. tak prepare apa lgi ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. Cantik warna pilihan Ainim....Good Luck... =)

    ReplyDelete
  4. Online shopping la kan senang je nak baju fasyen apa suka boleh dapat dengan harga diskaun lagi, tapi kalau nak jimat lagi pembelian di lazada atau mana2 online store boleh melalui ShopBack dan layak dapat CashBack. Shopback dulu baru Lazada kemudia baru dapat diskaun berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PCL...tapi saya ni tak pandai sgt dgn cashback wpun dh ada account

      Delete
  5. Anim tema warna apa tahun ni? Abe pun suka shopping online ni.. Zaman sekarang kot.. :)
    .
    Eraz Fadli
    .
    Entri Terbaru : http://www.erazfadli.com/2017/06/bojen-raya-elak-last-minute.html

    ReplyDelete
  6. mesti rambang mata nak memilih baju semua cantik-cantik. BTW, Good luck Ainim :)

    ReplyDelete

My friend say: