Wednesday, June 07, 2017

Takziah Buat Bazli UNIC - Syahid Bintang Syurga

Assalamualaikum...
Sumber : Google
Baru je baca di Instagram Bazli UNIC berkenaan pemergian anakanda tersayang beliau, Muhammad Syahid yang menderita kanser lymphoma telah pergi menghadap Ilahi. Allahuakbar! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Aku yang sekadar pemerhati dari jauh ni pun sedih, apatah lagi Bazli dan keluarganya. Allahuakbar. Besar ujian Allah beri pada Bazli sekeluarga. Moga kuat dan tabah hadapi segalanya. Syahid pergi dibulan yang mulia, bulan Ramadan Al Mubarak. Pergi membawa segala derita yang dah ditanggung selama ini.

Pergilah wahai anak, pergilah menghadap TUHAN YANG SATU. Pergimu diiringi doa daripada mereka yang menyayangimu. Syurgalah tempatmu wahai anak. Tenanglah kamu bersama Penciptamu.

Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat arwah Syahid. 


5 comments:

  1. memang ramai yang follow pasal anak Bazli nie..
    tambah2 watu gema gegarvaganza,
    ramai jugak ler terharu dan sedih,
    Al-Fatihah buat adik Mohd Syahid

    ReplyDelete

My friend say: