Thursday, June 08, 2017

Syahid Bintang Syurga

Assalamualaikum...

Rata-rata rakyat Malaysia semalam pastinya bersedih dengan pemergian seorang Bintang Syurga, Muhammad Syahid Bazli Hazwan yang menghembuskan nafas terakhir pagi semalam. Pemergian yang ditangisi kerana kisahnya melawan kanser lymphoma cukup menyentuh hati. Keistimewaan anak syurga ini yang hafaz surah-surah juzuk 30 Al-Quran paling mengkagumkan sesiapa sahaja.

Hari ni aku terbaca status di Instagram Bazli yang mengimbau kenangan beliau menjaga anak kecilnya yang terlantar sakit dihospital. Ketabahan hati seorang bapa, kekuatan jiwa seorang ibu. Itu yang mampu aku ungkapkan. Kalau kita letak diri kita ditempat mereka...mampu tak kita jadi sekuat mereka? Aku....tak pasti.



Sesungguhnya Allah menguji mengikut kemampuan diri kita. Allah menguji kerana Dia menyayangi. Kasih sayang Allah sememangnya mengatasi segalanya. Sungguh mereka kuat. Mampu hadapi segala ujian dan disaat memangku jenazah anak pun masih tenang.

Syahid, tempatmu sememangnya di Syurga. Semoga kamu mampu memimpin tangan ibu dan ayahmu kelak untuk masuk ke syurga bersamamu. 

Salam takziah...

3 comments:

  1. nak menitis air mata ni akak baca,entah lah..kalau akak kat tempat dia tak taulah boleh setabah tu atau tidak

    ReplyDelete
  2. Tak dapat bayang macamana di tempat mak ayah dia..

    ReplyDelete
  3. Rasa sebak bila baca kisah bazli dan anak syurga nih 😢

    ReplyDelete

My friend say: