Friday, June 09, 2017

Selamat Hari Lahir Ibu

Assalamualaikum...

Pejam celik dah masuk minggu kedua Jumaat dibulan Ramadan. Allah...cepatnya masa berlalu. Dah nak masuk 2 minggu berpuasa. Sedikit je lagi ada la yang start pasang lagu raya.

Hari ini 9 Jun 2017 genaplah ibuku berusia 61 tahun. Alhamdulillah...Allah masih pinjamkan mak kepada aku dan adik beradik. Setelah arwah abah pergi meninggalkan kami pada tahun 2005 seminggu sebelum hari kelahirannya.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...itu yang mampu ucapkan. Melihat senyuman mak dipagi hari lahirnya. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan kepada mak dan kami untuk bersama tahun ini. Alhamdulillah dengan pertambahan umur ini. Semoga yang baik-baik sahaja untuk hari lahir mak dan seterusnya yang mendatang.

Dengan keadaan kesihatan mak sekarang ini, aku masih mampu senyum dan gembira kerana mak masih bertahan. Alhamdulillah....

Selamat Hari Lahir Ke-61 Puan Halihah Binti Bidi. Anim Sayang Mak.

2 comments:

  1. Alhamdulillah ...sanah helwah makcik moga panjang umur murah rezeki dan diberkati Allah selalu.

    ReplyDelete

My friend say: