Tuesday, June 13, 2017

Riuh Rentap Raya | 3R

Assalamualaikum...

Lanjutan daripada entri INI, kononnya nak hapdet entri baru petang sabtu tu juga tapi apakan kesihatan pulak tak mengizinkan. Aduyaiii. Still tak okay lagi tapi meh gagahkan sikit nak cerita kat korang semua.

Kisahnya, aku dan kengkawan ofis join Pertandingan Riuh Rentap Raya 3R bersempena dengan program Warna Warni Aidilfitri 2017 anjuran Kraftangan Malaysia yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Bukan setakat aku je yang join tapi Cik +Sally Samsaiman kita pun join juga dengan blogger Neyra. Sebenarnya Sally yang bagitau aku pasal pertandingan ini.



Pertanding berlangsung tepat pada pukul 1030am di Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Biasalah, haruslah ada sesi pendaftaran. Nombor kumpulan ditentukan mengikut undian. Aku amik telur emas tu, sekali group aku nombor 12 daaa... Oh ya, team aku bernama Ketuk Ketuk Raya yang mana selain aku, dua lagi rakan aku, Wana dan Aya. Jenuh juga nak bagi nama kumpulan tu sebab memasing takde idea.
Okay...lepas briefing mengenai pertandingan ni, kami diberi passport untuk setiap kumpulan dan diberi sampul untuk tugasan pertama. Bila puan emcee kata mula je,...Zasss....kitorang cepat-cepat baca tugasan yang diberikan. 
Sebanyak 4 tugasan yang diberikan kepada setiap kumpulan dan setiap tugasan tu ada namanya. Rumit Raya, Reka Raya, Rentap Raya, Riuh Raya dan bonus iaitu Jerat Raya dimana kesemua tugasan ini bertemakan raya dan tradisional. Haa...mana nak join program tema raya cenggini. Thumbs up la kat Kraftangan Malaysia. Setidak-tidaknya memberi pendedahan kepada generasi masa kini mengenai seni tradisi masyarakat Melayu khususnya dalam membuat persiapan raya. 


Bagi pertandingan ini, setiap daripada kami perlu menyelesaikan tugasan dalam tempoh 15 minit. Cabaran yang kami lakukan ialah, mencanting batik bertema batik / raya, buat kuih siput, menganyam ketupat dan menjahit tulang belut. Bagi segmen bonus, Jerat Raya tu pula, setiap team perlu hantar seorang wakil untuk meleraikan tali jerat tupai. Aduhhhh yang tu memang mencabar tau. Oh ya, setiap tugasan tu ada markah yang dikira mengikut WOW. Gituu
Dah setel semua cabaran, tibalah masanya untuk penyampaian hadiah. Penyampaian ini adalah bagi semua pertandingan yang diadakan sepanjang berlangsungnya Program Warna Warni Aidilfitri 2017 ini. Alhamdulillah...team aku, Ketuk Ketuk Raya berjaya mendapat tempat pertama bagi Riuh Rentap Raya ini. Syukur ya Allah...rezeki 15 Ramadan namanya. Hehehe



Team kawan ofis aku yang satu lagi, Seloka Raya pula menang Pakaian Kreatif. Alhamdulillah...kami semua pulang dengan hadiah. Masa KP Kraftangan tanya kami dari mana, terus je jawab MATRADE. Bangga juga kami membawa nama MATRADE walaupun kami pada mulanya sekadar suka-suka dan inginkan aktiviti group Geng Jenjalan kami. 




Apa pun, 3R ini memang satu pengalaman yang menyeronokkan buat aku dan kawan-kawan sebab merasai pengalaman melakukan kerja kerja tradisional seperti menganyam ketupat, menjahit tulang belut dan kuih siput tu. Ye lah...aku mana reti nak anyam ketupat. At least ada juga pendedahan kepada kami kan...diharapkan pertandingan seperti ini akan dianjurkan secara tahunan (ke aku je yang tak tahu ni). Siap cakap dengan kengkawan, kita join lagi tahun depan kalau ada lagi..hahaha

Jom layan sikit gambar-gambar kenangan kami ni.








Okay...till we meet again

No comments:

Post a Comment

My friend say: