Tuesday, June 13, 2017

Belajar Buat Dodol?

Assalamualaikum...

Korang pernah tak buat dodol? Kalau mak mak tu, confirm tau macam mana nak buat dodolkan? Aku? Tau sikit-sikit sebab pernah tengok mak buat sekali tapi mak aku buat dulu dalam kuantiti kecil. Ala...masak pun dalam kuali biasa je.
Hendak dijadikan cerita, selesai je kitorang dengan Pertandingan Riuh Rentap Raya tu, kitorang tak terus balik sebaliknya spend sedikit masa dengan melawat disekitar bazar jualan yang diadakan. Padahal Khamis sebelum tu aku dan Sofia dah round siap-siap kat situ sebab ada lawatan berpandu.

TAPI, kami saja jenjalan juga sekitar bazar..dah namapun Geng Jenjalan...haruslah nak berjalan je kerjanya. Haha...dalam pada dok ralit tengok jualan kuih muih tu terpandang pulak kat gerai menjual dodol. Kebetulan pula time tu penjual sedang memasak dodol. Apalagi...kitorang terus je melencong ke gerai tu dulu.
Sempat jugala bertanya serba sedikit tentang pembuatan dodol ni. Bukanlah satu perkara yang mudah ya nak buat dodol ni. Nampak senang je...kacau kacau dan kacau lagi TAPI nak kacau pun kenalah ada tenaga apatah lagi mengacau time puasa ni. Nak tunggu dodol ni jadi likat bukan seminit sejam dua ya...tapi berjam-jam..ada yang amik masa 6 jam. KAU MAMPU? Akak non mampu dikkkk
Hehehe..aku dan kengkawan berkesempatan belajar mengacau dodol sementara masih belum likat lagi. Feeling kat kampung betul..masak dalam kawah pula tu. Bau dodol tu pula harum semerbak. Ya ampun...tak sabar nak tengok hasil tapi takde lah kami tunggu sampai dodol tu siap.
Sebelum kami beredar, pemilik gerai beri kami sebekas dodol untuk dirasa. Alhamdulillah...rezeki kami. Bolehlah kami buat juadah berbuka bila Geng Jenjalan nak gather dalam seminggu dua sebelum raya nanti.
Sebenarnya bila tiba hari raya, juadah tradisional seperti dodol ni jugalah akan menjadi menu wajib dalam list masyarakat kita ni. Ye lah, moden moden juga, yang warisan tradisi jangan dilupkan...tak gitu? Jom layan sikit video kat bawah ni.





Okay...till we meet again

8 comments:

  1. dodol mmg sedap. nak masak tu kemain lama. hehe tgn pon lenguh sbb nk kena kacau je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi hasilnya puas hati kan. hehehe

      Delete
  2. Penat Oiiii mengacau dodol..Dulu family sy siap buat bisnes dodol...huhu

    ReplyDelete
  3. Sakit pinggang buat dodol... dulu pernah tolong ayah... lenguh tangan... huhu

    ReplyDelete
  4. Dodol best.. Tapi setakat ni tak pernah lagi try kacau.. Haha..
    ----
    ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

    http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete

My friend say: