Wednesday, June 07, 2017

Aneka Juadah Buffet Ramadan Felda D'Saji

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua. Dah masuk minggu kedua kita berpuasa ya. Sekejap je masa berlalu.

Dah cuba dimana-mana buffet ramadhan sekitar KL dan Selangor ni? Haa...meh sini aku nak share berkenaan Buffet Ramadhan 2017 daripada Felda D'Saji. Siapa tak kenal D'Saji ni kan? Memang terkenal dengan keenakan juadah mereka. Maklumlah katerer terkenal.

Bersempena dengan Ramadhan tahun 2017 ni, Felda D'Saji juga tidak ketinggalan menawarkan Buffet Ramadhan 2017 mereka di beberapa lokasi disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Menawarkan harga bermula serendah RM39.00 sehingga RM 78.00 (berbeza harga mengikut lokasi), dengan lebih 50 pilihan menu yang tersedia menanti para pengunjung.

Semalam, aku berkesempatan merasai keenakan Buffet Ramadhan D'Saji di salah satu lokasi iaitu di Red Carpet Avenue, The Strand, Damansara. Harga buffet disini yang paling murah pernah aku jumpa. Serendah RM 39.00 seorang. Murahkan? Pilihan menu pun pelbagai. Hanya menanti para pengunjung untuk menikmatinya. Menu wajib, roasted lamb pun ada...dengar katanya sedap sangat. Aku ni tak makan kambing, so sekadar mendengar pujian kawan-kawan semalam. 




Rasanya tak perlu bebel banyak.....meh layan gambar-gambar yang sempat aku snap semalam.





Bagi korang yang ingin mencuba buffet Ramadhan Felda D'Saji ini, tempah tempat korang sekarang. Boleh klik link dibawah untuk usha-usha info di bawah ini:

Facebook : Felda D'Saji  Official
Instagram : @feldadsaji
Emel : salesdsaji@felda.net.my
Website : www.feldadsaji.com.my
Telefon : 03-2698 8302 

Okay...till we meet again


6 comments:

  1. sedapnya makanan semuaaaaaa....nak makan lagi dan lagi dan lagi!

    ReplyDelete
  2. mana-mana pergi kalau ada kambing mesti akan kena serbu kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak...saya ni nasib tak makan kambing..hehe

      Delete
  3. menu wajib ke kambing tu...hehehehe....harga not bad jugak tu

    ReplyDelete

My friend say: