Thursday, June 01, 2017

Ainim, Berlari & Medal 2017

Assalamualaikum...

Kembali lagi bersiaran...macam mana puasa korang setakat ini? Alhamdulillah...semoga sentiasa dipermudahkan untuk beramal ibadat dibulan yang mulia ini. 

Sebenarnya tak tau nak cerita apa tapi bila godek-godek Instagram sendiri...tengok gambar-gambar medal larian tu, teringin pulak nak share buat kenangan dalam online diary ni.

Kuala Lumpur International New Year Run 2017
Acara larian pembuka tirai bagi tahun 2017. Tahun ni aku pilih untuk memulakan pagi tahun baru dengan berlari. Ewah....padahal boleh je jogging tapi kalau join running event macam ni meriah sikit. Maklumlah, berlari dengan cik kembar dan kawan-kawan. Meriah larian ni..di Dataran Merdeka. Aku dan kawan-kawan ambil 5KM je...last minute register..nasib sempat. 

IKN
IKN Fun Walk 2017 Sempena Perasmian Hari Kanser Sedunia 
Ni bukan larian tapi acara jalan kaki tapi aku ni jenis suka lari-lari...so, acah2 lari-lari anak la. Sejauh 3.5KM tak silap aku..takde la jauh mana pun. Bertempat di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya. Sebelah je dengan Hospital Putrajaya. Selain daripada acara jalan kaki ni, terdapat gerai jualan makanan dan juga booth yang disertai oleh NGO yang berkaitan dengan kanser. 

Visit Perak
Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017
Dalam semua larian untuk separuh tahun 2017 ni, Lipstick Challenge ni yang paling aku suka. Kalau ada lagi obstacle run macam ni, aku nak join lagi. Bukan setakat kena habiskan larian 10KM tapi ada 7 obstacles yang perlu diselesaikan oleh setiap peserta. Alhamdulillah, berjaya aku habiskan kesemua challenge dan larian ni dalam tempoh 1jam 54minit. Dah campur menunggu turn bagai..kira okaylah tu kan. Hahaha..walaupun habis baju seluar kasut bersalut tanah bukit, redah air sungai, panjat sana sini....

Donut Run
Krispy Kreme Joy Run by Larian Spektra
Haaaa...yang ni pun best sebab lepas habis lari, korang dapat donut. Hahahah...dapat donut 2 biji. Goodies bag meriah bak hang. Medal pun comel...cumanya nak mendaki Bukit Cinta UM tu je la betul-betul gigih hakak..dah la aku time tu lama gila tak lari sebab cuaca hujan. Aku pulak time tu kerap sihat tak sihat...tapi within 40 minutes nak habiskan larian ni kira okay la juga kan

MBD
Malaysia Breakfast Day 2017 Putrajaya
Ini yang paling menjadi kegemaran rakyat Malaysia sebab dapat minum Milo banyak-banyak. Aku? Dah tentu la join sebab last year terpaksa let go larian ni sebab clash dengan sukan MITI & Agensi. Aku masuk kawad, so...amik je la tshirt...tshirt tu pun member aku yang rasmikan dulu. Hahaha. So, tahun ini dengan kegigihan dalam demam aku register MBD2017 ni. Ambil 5KM individual tapi tahun depan aku nak amik 3KM je sebab medal dia sama je...takde beza. MBD2017 ni aku taktau la nak cakap apa...rasanya aku kenyang sebab minum Milo je..siap tapau balik tu. Berhujan pulak tu lepas lari...hahaha

Standard Chartered

Standard Chartered KL Marathon 2017
SCKLM2017 ni merupakan acara larian paling ditunggu tahun ini. Sebabnya aku dan kawan-kawan gigih register sebab nak merasa kemeriahan SCKLM yang sentiasa menjadi sebutan saban tahun. Ye la...nak juga rasa join running event yang glamour camni. Aku amik 10KM Cruise under Ministries Challenge bersama-sama dengan kawan-kawan ofis yang lain. Ada kawan-kawan yang amik 10KM speed dan cik kembar aku amik 5KM fun run. Aku pulak time ni kaki kiri cedera. Doktor tak bagi lari tapi alah bisa tegal biasa..Ainim kan...selagi mampu aku usahakan juga. Alhamdulillah, setel juga walaupun terlebih 1minit daripada cut off time. Okay la tu dalam keadaan kaki cedera. So, tahun depan boleh timbang samada nak join atau tak..yang pasti dah ada experience kat SCKLM.

So....lepas raya ni aku sambung lari tapi tak register apa-apa lagi sebab masih memikirkan running event mana yang aku betul-betul nak join. 

Okay...till we meet again

4 comments:

  1. Dah lama juga saya tak jogging..

    Entah larat ke tidak

    ReplyDelete
  2. fuhh! kita kalau suruh jogging pun macam jalan je..hahahaha..lemak ni lemak tepu! mencikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...boleh tu janji ada kesungguhan

      Delete

My friend say: