Tuesday, May 09, 2017

Gema Gegar Vaganza #GGV | Kembalikan Kegemilangan Industri Nasyid

Assalamualaikum...
GGV
Siapa disini yang menonton Gema Gegar Vaganza? Aku confirm angkat tanganlah sebab tak missed tonton program tv ni. Mula je tengok promo kat TV terus aku excited sebab kumpulan-kumpulan yang bertanding dalam #GGV ni memang favourite group aku. Yes, nasyid is my favourite music genre. Gituuu

Masa tonton first concert tu kat TV, yang paling ditunggu adalah Hijjaz, UNIC, Saujana & Mirwana. Ye la, tu kan group nasyid zaman remaja dulu. Membesar pun dengan mendengar lagu-lagu mereka ni. Ya ampun, aku sebenarnya dah terlepas beberapa artis time tu sebab aku duty kat MIHAS 2017 di KLCC. Balik tu cepat-cepat buka TV. Sempat aku tengok Mirwana dan Hijjaz je.

Paling menusuk kalbu dan terkesan dihati aku ialah persembahan Hijjaz dengan lagu Sumayyah. Tengok Juri, Oki menangis, dengan aku sekali turut sebak sebab persembahan Hijjaz penuh penjiwaan. 

Bagus juga program ni diadakan. Secara tidak langsung mengembalikan kegemilangan industri nasyid yang suatu ketika dahulu cukup meriah dan mendapat sambutan yang hangat dikalangan peminat muzik tanah air. Bukan setakat di dalam Malaysia, malah sehingga melangkau batasan benua. Muzik ketuhanan ni juga mampu memberi impak yang baik kepada pendengar muzik. Irama mendidik jiwa kiranya. 

Sekiranya selesai program GGV ni, mungkin boleh diadakan pelbagai lagi rancangan yang seperti ini dan memberi lebih banyak peluang kepada artis-artis nasyid tanah air untuk muncul dikaca TV dan menyebarkan dakwah Islam. Insha Allah.

So far, ni dah masuk minggu kelima, Hijjaz punya performance tak pernah mengecewakan. Sentiasa ditunggu-tunggu. Oh ya, after Sumayyah, aku paling suka Hijjaz perform lagu Srikandi Cinta. Itu pun sangat terkesan kat hati aku. Hmmm....tak keterlaluan kot aku berharap Hijjaz jadi Juara GGV ni.

Selain Hijjaz, UNIC, Mirwana, Saujana dan Azmi serta Hafiz Hamidun...ala..kira semualah aku suka. Sampai rasa kalau boleh nak semua ni masuk final. UNIC punya performance aku paling suka masa dorang perform lagu Iman Mutiara. Pastu konsert kelima baru-baru ni, Nyanyian Serambi. Lagu tu memang one of my fav pulak tu. Hehehe

Oh ya, Mirwana pun memberi saingan yang sangat sengit tau. Lagipun vocal member Mirwana ni pun boleh tahan sedap. Hafiz Hamidun dan Azmi Saat takyah cakap la..memang sedap, merdu dan power la vocal dorang ni. 

Bayangkan aku boleh repeat tonton GGV ni berulang kali sampai mak tanya, tak jemu ke? Hahaha...apa pun, minggu ni adalah semi final yang menjadi penentu siapa yang bakal ke pentas final Gema Gegar Vaganza. Siapa ya yang akan masuk ke final? Hmmm...tak berani nak teka. Kalau boleh nak semua peserta masuk.

Oh ya..kalau korang nak tengok senarai peserta dan update terbaru mengenai GGV ni, boleh klik kat Gema Gegar Vaganza. Selain tu, boleh juga layan gemacoustic artis yang terpilih.

Siapa peserta fav korang? Boleh share dengan aku?

Okay...till we meet again

2 comments:

  1. kita tak pernah sekali pun tgk...tapi ade la sempat jugak tgk sikit-sikit...yela..masa dia start kan kita takde kat sini..huhu

    ReplyDelete
  2. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads