Tuesday, May 30, 2017

Buffet Ramadan 2017 di Restoran Nelayan Gombak

Assalamualaikum...
Tengah buat apa tu? Terfikir-fikir tak nak pergi restoran mana untuk buffet Ramadan tahun ni? Haa..kalau korang takde idea, meh sini aku nak suggest korang ke Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak. Kenapa Titiwangsa @ Gombak? Sebenarnya, Restoran Nelayan Titiwangsa ni telah berpindah lokasi di Jalan Gombak Utara pada tahun 2012 dan kini diuruskan oleh Q'Sha Trading (M) Sdn Bhd.

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Restoran Nelayan Gombak ini juga tidak ketinggalan untuk menawarkan promosi Buffet Ramadan 2017 dengan harga yang istimewa. Mahal ke? Oh tidak...harga padaku amatlah berpatutan dengan pilihan menu yang disediakan. Terdapat pelbagai menu yang ditawarkan buat pengunjung antaranya Steamboat dan Grill dimana menu seperti kambing, ayam, daging disediakan dengan 4 jenis perapan istimewa. Kalau korang pencinta steamboat dan grill, ni memang patut korang cuba.
Selain itu, menu masakan kampung turut disediakan dengan pilihan lebih daripada 15 jenis menu selain ulam-ulaman dan juga kerabu. Juga ada 'live cook' iaitu Daging Gulai Kawah Tanjung dan Daging Salai Masak Lemak yang menggunakan rempah asli dan berkualiti. 





Oh ya, tak lupa juga ada menu sampingan seperti pilihan sajian mee, sup, buah-buahan, snack dan juga pencuci mulut..banyak kalau nak list out kat sini..kalau nak tahu, korang kena pergi ke Restoran Nelayan Gombak ini untuk mencuba sendiri setiap menu yang ditawarkan.





Sambil-sambil menjamu selera, ada juga 'live band' yang membuat persembahan. Kemudahan solat? Jangan risau, kemudahan surau untuk para pelanggan menunaikan solat turut disediakan. Ruang solat untuk terawih juga agak luas dan selesa buat pengunjung...mampu menampung sehingga 200 orang dalam satu-satu masa. Makanya tak perlulah bimbang, takyah pening kepala nak solat dimana...haa gitu.

Menarik tak? Dengan harga yang ditawarkan berpatutan, RM49.90 bagi dewasa dan potongan diskaun sebanyak 50% bagi warga emas dan kanak-kanak (5 - 11 tahun). Kalau anak-anak kecik bawah 4 tahun tu, tak perlu bayar pun..free. 

Kalau korang nak lebih info, atau nak booking untuk majlis berbuka puasa ke, boleh klik klik link kat bawah ni ya.

RESTORAN NELAYAN GOMBAK
Batu 8 3/4, Jalan Gombak Utara, 
Kuala Lumpur
(landmark: UniKL BMI & UIA)

No telefon: 03-6185 8400 , 013-223 7228 , 013-296 7228 , 019-293 1397


Oh ya....ada benda nak share dengan korang...Restoran Nelayan Gombak juga turu menyediakan perkhidmatan untuk majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan lain-lain. Dewan Qaseh tersedia untuk disewa dengan kadar yang berpatutan dan pakej katering yang menarik. 

Buat para usahawan IKS diluar sana, kalau nak promote produk kalian pun boleh juga. Datanglah ke Restoran Nelayan Gombak ini ya..pihak restoran sedia membantu..

Haa...panjang aku berceloteh...sesekali kan...

Okay...till we meet again

2 comments:

  1. Bolehlah cuba makan kat sini nanti.
    Jom join giveaway nia jom :)

    http://nia-emkay.blogspot.my/2017/06/giveaway-giveaway-by-nia-emkay.html

    ReplyDelete

My friend say: