Tuesday, May 30, 2017

Buffet Ramadan 2017 di Restoran Nelayan Gombak

Assalamualaikum...
Tengah buat apa tu? Terfikir-fikir tak nak pergi restoran mana untuk buffet Ramadan tahun ni? Haa..kalau korang takde idea, meh sini aku nak suggest korang ke Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak. Kenapa Titiwangsa @ Gombak? Sebenarnya, Restoran Nelayan Titiwangsa ni telah berpindah lokasi di Jalan Gombak Utara pada tahun 2012 dan kini diuruskan oleh Q'Sha Trading (M) Sdn Bhd.

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Restoran Nelayan Gombak ini juga tidak ketinggalan untuk menawarkan promosi Buffet Ramadan 2017 dengan harga yang istimewa. Mahal ke? Oh tidak...harga padaku amatlah berpatutan dengan pilihan menu yang disediakan. Terdapat pelbagai menu yang ditawarkan buat pengunjung antaranya Steamboat dan Grill dimana menu seperti kambing, ayam, daging disediakan dengan 4 jenis perapan istimewa. Kalau korang pencinta steamboat dan grill, ni memang patut korang cuba.
Selain itu, menu masakan kampung turut disediakan dengan pilihan lebih daripada 15 jenis menu selain ulam-ulaman dan juga kerabu. Juga ada 'live cook' iaitu Daging Gulai Kawah Tanjung dan Daging Salai Masak Lemak yang menggunakan rempah asli dan berkualiti. 





Oh ya, tak lupa juga ada menu sampingan seperti pilihan sajian mee, sup, buah-buahan, snack dan juga pencuci mulut..banyak kalau nak list out kat sini..kalau nak tahu, korang kena pergi ke Restoran Nelayan Gombak ini untuk mencuba sendiri setiap menu yang ditawarkan.





Sambil-sambil menjamu selera, ada juga 'live band' yang membuat persembahan. Kemudahan solat? Jangan risau, kemudahan surau untuk para pelanggan menunaikan solat turut disediakan. Ruang solat untuk terawih juga agak luas dan selesa buat pengunjung...mampu menampung sehingga 200 orang dalam satu-satu masa. Makanya tak perlulah bimbang, takyah pening kepala nak solat dimana...haa gitu.

Menarik tak? Dengan harga yang ditawarkan berpatutan, RM49.90 bagi dewasa dan potongan diskaun sebanyak 50% bagi warga emas dan kanak-kanak (5 - 11 tahun). Kalau anak-anak kecik bawah 4 tahun tu, tak perlu bayar pun..free. 

Kalau korang nak lebih info, atau nak booking untuk majlis berbuka puasa ke, boleh klik klik link kat bawah ni ya.

RESTORAN NELAYAN GOMBAK
Batu 8 3/4, Jalan Gombak Utara, 
Kuala Lumpur
(landmark: UniKL BMI & UIA)

No telefon: 03-6185 8400 , 013-223 7228 , 013-296 7228 , 019-293 1397


Oh ya....ada benda nak share dengan korang...Restoran Nelayan Gombak juga turu menyediakan perkhidmatan untuk majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan lain-lain. Dewan Qaseh tersedia untuk disewa dengan kadar yang berpatutan dan pakej katering yang menarik. 

Buat para usahawan IKS diluar sana, kalau nak promote produk kalian pun boleh juga. Datanglah ke Restoran Nelayan Gombak ini ya..pihak restoran sedia membantu..

Haa...panjang aku berceloteh...sesekali kan...

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, May 09, 2017

Bila Koreans Try Mee Segera Malaysia...Agak-agak?

Assalamualaikum....

Bertemu kembali kita diblog ini. Kali ini aku nak share berkenaan dengan mee segera. Haa..siapa sini suka mee segera? Aku ni takyah cakaplah, rumah ni dah macam kedai sebab bermacam-macam jenis dan perisa mee segera yang ada. Cakap je, nak yang Made in Malaysia ke, Made In Korea ke, Made in Indonesia ke, cakap je..CONFIRM ada..hahahah

Kalau aku dan cik kembar, kitorang ni dah tentulah pilih megi Korea..tapi mak dan kakak aku pilih yang Made In Malaysia le...tekak Melayu asli kekdahnya.

By the way, aku tertarik nak share dengan korang mengenai video yang baru je beberapa hari dimuat naik oleh COCONUT Channel kat YouTube dorang. Haa...COCONUT Channel ni memang kreatif bab buat video. Macam-macam jenis video dorang buat. Terbaru ni, dorang try mee segera daripada Malaysia. Ada sorang peminat dorang bernama Ekin yang beri dorang beberapa paket mee segera pelbagai jenama.

Haa...tak nak cerita lebih-lebih. Korang tengok je video yang aku share ni. Mee segera yang mana jadi pilihan dorang? Ahahaha..aku sendiri terliur tengok dorang makan...dah la tengah lapar ni..hahaha
Enjoy the video guys...

Okay...till we meet again

Read more ...

Gema Gegar Vaganza #GGV | Kembalikan Kegemilangan Industri Nasyid

Assalamualaikum...
GGV
Siapa disini yang menonton Gema Gegar Vaganza? Aku confirm angkat tanganlah sebab tak missed tonton program tv ni. Mula je tengok promo kat TV terus aku excited sebab kumpulan-kumpulan yang bertanding dalam #GGV ni memang favourite group aku. Yes, nasyid is my favourite music genre. Gituuu

Masa tonton first concert tu kat TV, yang paling ditunggu adalah Hijjaz, UNIC, Saujana & Mirwana. Ye la, tu kan group nasyid zaman remaja dulu. Membesar pun dengan mendengar lagu-lagu mereka ni. Ya ampun, aku sebenarnya dah terlepas beberapa artis time tu sebab aku duty kat MIHAS 2017 di KLCC. Balik tu cepat-cepat buka TV. Sempat aku tengok Mirwana dan Hijjaz je.

Paling menusuk kalbu dan terkesan dihati aku ialah persembahan Hijjaz dengan lagu Sumayyah. Tengok Juri, Oki menangis, dengan aku sekali turut sebak sebab persembahan Hijjaz penuh penjiwaan. 

Bagus juga program ni diadakan. Secara tidak langsung mengembalikan kegemilangan industri nasyid yang suatu ketika dahulu cukup meriah dan mendapat sambutan yang hangat dikalangan peminat muzik tanah air. Bukan setakat di dalam Malaysia, malah sehingga melangkau batasan benua. Muzik ketuhanan ni juga mampu memberi impak yang baik kepada pendengar muzik. Irama mendidik jiwa kiranya. 

Sekiranya selesai program GGV ni, mungkin boleh diadakan pelbagai lagi rancangan yang seperti ini dan memberi lebih banyak peluang kepada artis-artis nasyid tanah air untuk muncul dikaca TV dan menyebarkan dakwah Islam. Insha Allah.

So far, ni dah masuk minggu kelima, Hijjaz punya performance tak pernah mengecewakan. Sentiasa ditunggu-tunggu. Oh ya, after Sumayyah, aku paling suka Hijjaz perform lagu Srikandi Cinta. Itu pun sangat terkesan kat hati aku. Hmmm....tak keterlaluan kot aku berharap Hijjaz jadi Juara GGV ni.

Selain Hijjaz, UNIC, Mirwana, Saujana dan Azmi serta Hafiz Hamidun...ala..kira semualah aku suka. Sampai rasa kalau boleh nak semua ni masuk final. UNIC punya performance aku paling suka masa dorang perform lagu Iman Mutiara. Pastu konsert kelima baru-baru ni, Nyanyian Serambi. Lagu tu memang one of my fav pulak tu. Hehehe

Oh ya, Mirwana pun memberi saingan yang sangat sengit tau. Lagipun vocal member Mirwana ni pun boleh tahan sedap. Hafiz Hamidun dan Azmi Saat takyah cakap la..memang sedap, merdu dan power la vocal dorang ni. 

Bayangkan aku boleh repeat tonton GGV ni berulang kali sampai mak tanya, tak jemu ke? Hahaha...apa pun, minggu ni adalah semi final yang menjadi penentu siapa yang bakal ke pentas final Gema Gegar Vaganza. Siapa ya yang akan masuk ke final? Hmmm...tak berani nak teka. Kalau boleh nak semua peserta masuk.

Oh ya..kalau korang nak tengok senarai peserta dan update terbaru mengenai GGV ni, boleh klik kat Gema Gegar Vaganza. Selain tu, boleh juga layan gemacoustic artis yang terpilih.

Siapa peserta fav korang? Boleh share dengan aku?

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, May 08, 2017

Win Calendar 2017 Frame in Blogger Contest Giveaway

Assalamualaikum...

Jom join giveaway ni...menarik je

http://ora-adzlin.blogspot.my/2017/05/blog-contest-giveaway-2017.html
As usual, klik banner untuk join ya.


Okay...till we meet again
Read more ...

Anim Berlari Lagi | #MBD2017 #SCKLM2017

Assalamualaikum...

Helloooo..gila lama tak update blog. Haaa...kesibukan melanda as usual. Ni pun berusaha nak cari masa update blog. Gituuuu..

Dua minggu lebih lagi akan tiba bulan yang dinantikan iaitu bulan Ramadan. Ya Allah, sekejapnya masa berlalu, dah nak berpuasa kembalikan? Sungguh pantas masa berlalu. Makanya, prepare la diri dengan sebaiknya ya.

Okay...back to topic. Aku ni kan memang stick dengan hobi berlari aku. Daripada dulu sampai sekarang, itulah yang hobi yang paling aku suka. BERLARI. Kenapa? Sebab dapat release stress kot. Oh ya, bulan Mei ni aku akan join 2 running event yang kedengaran agak famous dan bermain di mulut rakyat jelata...kisahnyaaa..
#MBD2017

Apa tu? Haa... 14 Mei 2017 ni Milo Breakfast Day 2017 di Putrajaya dan 21 Mei 2017, Standard Chartered KL Marathon 2017. Gigih jugalah aku register for both event. Tahun ni aku ada target event yang akan aku join. Makanya takdelah tiap2 minggu join running event macam tahun lepas. Bila dah plan ni, so duit pun selamat jugalah..hahahaha

Oh ya, Milo Breakfast Day 2017 ni paling dinantikan sebab aku nak minum Milo lepas lari..hahaha. Eh, takdelah sebab ni lebih kepada fun fun je...5km je. So, takde la penat sangat..yang penting gathering dengan kengkawan lari aku. 

http://www.kl-marathon.com/
Hmm..Standard Chartered KL Marathon ni pula memang aku dah lama teringin nak join tapi baru tahun ini Allah buka jalan untuk aku join...tapiiiiiiiiiiii aku risau sebab lately ni aku tak training lari. Pace kelaut kot..hahah..walaupun 10km je tapi sempatkah nak abiskan within 90 minutes? Hmmm...tengoklah macam mana nanti ya.

Korang doa-doa la aku berjaya habiskan yang Standard Chartered Marathon tu ya..kaki ni pun sakit skit sekarang..tah kenapa tah...confuse akak..

Okay...sebenarnya banyak sangat cerita nak share tapi masa je belum sesuai lagi.


Okay...till we meet again
Read more ...