Friday, March 10, 2017

Uniknya Wanita! Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze International

Assalamualaikum...

Rasanya sempat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita diluar sana. Tarikh 8 Mac setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Wanita Sedunia atau Hari Wanita Antarabangsa yang bertujuan bagi menghargai kaum wanita dalam segala lapangan usaha mereka samada dalam pembangunan ekonomi, politik dan sosial.

Uniknya wanita! Mempunyai pelbagai peranan...sebagai ibu, isteri, anak, kakak, adik, sahabat, ketua dan juga pemimpin.
Pada tanggal 8 Mac 2017 bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, aku berpeluang untuk menghadiri majlis sambutan yang dianjurkan oleh Stellagvingze International. Terlebih dahulu, Stellavingze International merupakan sebuah badan organisasi yang membantu wanita diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang juga seorang usahawan wanita tempatan yang telah membawa syarikat miliknya dan suami menuju pasaran global. Fungsi Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.
Majlis yang diadakan di Menara Melilea, Bangsar South bertujuan untuk menggalakkan wanita di Malaysia untuk keluar daripada zon selesa mereka dan mencari potensi diri untuk berusaha memajukan negara samada dalam bidang ekonomi mahupun menyumbang ke arah menjadikan Malaysia ke arah negara yang lebih makmur.
Pada malam tersebut, empat orang  tokoh wanita yang telah banyak berjasa dan menabur bakti dijemput untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan tips bersama para jemputan. Sambil berkenalan dengan speaker jemputan, apa kata korang baca tip-tip dan ilmu yang dikongsi bersama para jemputan.
Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)

Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggunjawab untuk melahirkan, membesarkan, mendidik dan memberi sokongan. Wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa yang sama. Wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak yang baik. Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunyai prinsip dan integriti serta bijak membahagikan masa dalam kepimpinan keluarga mahupun organisasi. Wanita perlu sentiasa menjaga kesihatan dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga.

 
Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai

Adalah penting bagi wanita memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan mengutamakan keluarga. Wanita yang menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Wanita yang berkerjaya perlu mengadakan majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Wanita perlu sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan.

 
Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang 

Wanita adalah hebat kerana tugas dan tanggungjawab yang banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Wanita yang hebat, mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Wanita hanya mampu menjadi pemimpin yang cemerlang apabila memimpin dengan kasih sayang sekaligus meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. Insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru itu, menjadi tugas sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab untuk menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah. Wanita punyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran.

Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International 

Wanita yang bekerja sentiasa menghadapi kekangan masa. Justeru itu, wanita perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri. Tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan sekiranya wanita bijak membahagikan masa. Formula Datuk Stella Chin, Pengasas Stellavingze International ; Kebahagiaan Wanita = (+) Kasih Sayang/ Cinta, (-) Kebencian/ Kemarahan, (x) Kesyukuran, (÷) Umpatan/ Gosip dikongsi. Wanita diajak menyertai Stellavingze International dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun jangan sesekali mencabar mereka kerana lautan yang juga bakal membawa tsunami.

Diakhir sesi perkongsian ini, para wanita diajak untuk menyertai Stellavingze International dengan menghadiri sesi latihan dan kursus yang dianjurkan oleh mereka.

Stellavingze Smart Star - Peningkatan Nilai Kewanitaan 

Objektif : Membantu wanita dalam mengurus; Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga,  Anak-Anak, Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang dan Indah

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
↝ Kelas Imej
↝ Kesihatan dan Kecantikan
↝ Pembentukan Minda dan Rohani
↝ Pengurusan Rumah Tangga
↝ Interaksi Bersama Anak
↝ Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia

Kelayakan:
↝ Pendidikan: Diploma / Ijazah
↝ Pengalaman: 2 tahun ke atas
↝ Status Perkahwinan: Berkahwin / Bujang

Syarat-syarat Kemasukan:
↝ Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
↝ Perlu menjadi ahli Stellavingze International


Stellavingze Guiding Star - Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti

Objektif:
↠ Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
↠ Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
↠ Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya

Stellavingze Guiding Star:
↠ Kami menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh
↠ Kami menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran
↠ Kami menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan Latihan:
↠ Kelas Imej Perniagaan
↠ Latihan Skill Perniagaan
↠ Kursus Eksklusif Home Party MELILEA
↠ Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
↠ Kelas Pengurusan Perniagaan
↠ Kelas Kualiti Kepimpinan

Kelayakan Penyertaan:
Pendidikan: Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/ lebih
Umur: 25 - 60 tahun

Sebelum acara berakhir, sesi memotong kek dan acara cabutan bertuah turu diadakan...tapi iolls tak bertuah malam tu. Tahniah kepada semua pemenang. 
Kepada kalian diluar sana yang berminat untuk menyertai program latihan yang dianjurkan oleh Stellavingze International, bolehlah mendaftarkan diri dan dapatkan maklumat lanjut mengenai program-program tersebut dipautan www.stellavingzeinternational.com. 


Okay...till we meet again

1 comment:

My friend say: