Tuesday, March 28, 2017

Nasi Goreng Kimchi Versi Ainim

Assalamualaikum...

Alahai...ini gambar semalam. Baru sempat nak share dalam blog. Kisahnya pagi semalam aku bangun seawal pukul 4am untuk menyiapkan tempahan nasi lemak daripada ofis kakak aku. Sekarang ni aku dan kawan ofis, Sofia berniaga kecil-kecilan dengan memasak menu tertentu ikut hari yang kami pilih siap2. So, menu mingguan aku ialah Nasi Lemak Bonda, resipi mak aku. 

Okay..tolak tepi soal tempahan Nasi Lemak Bonda tu...kita cerita apa yang aku buat sebaik sahaja siap masak nasi lemak tu. Aku sempatlah juga buat bekalan ke pejabat. Hmm..antara perkara paling rare aku buat sekarang ni. Hahaha...tapi kebetulan tadi tempahan dapat disiapkan awal. Kitorang tak pack sebab buffet style kan. Jimat sikit masa.
SO, aku plan nak masak nasi goreng biasa je. Ala...nasi goreng putih yang biasa kita buat tu. Letak cili api, telur pecah tu...setel. TETAPI, entah macam mana, masa aku hiris carrot dan kobis tu, tetibe dapat idea buat nasi goreng kimchi. Sebenarnya aku tak pernah masak nasi goreng kimchi kat rumah. Selama ni memang makan kat restoran Korea je.

Cumanya sebab aku ni memang suka sangat tonton YouTube, channel memasak masakan Korea, jadi serba sedikit aku ingatlah juga bahan-bahan dan cara memasak nasi goreng kimchi ni. Lagipun, bahan semua ada dan senang je nak masak. 

Apa lagi...dengan sepantas kilat (ewahhh) aku buka fridge, terus capai bekas kimchi dan terus keluarkan kimchi. Dah aku hiris sikit kimchi ke potongan kecil, terus je start masak. Alhamdulillah, menjadi juga nasi goreng kimchi. Cumanya aku letak carrot sebab nak bagi ada warna meriah sikit sebab warna kimchi tu pun dah merah semacam je kan.

Lepas tu goreng telur mata..pergh...memang padanan sempurna. Dapatlah aku bekalkan juga nasi goreng ni untuk cik kembar. Gigih pulak aku drive ke hospital pepagi buta sebelum ke pejabat sebab nak bagi dia rasa nasi goreng ni....ada lebih, elok dikongsi bersamakan.

Ni my own version of Kimchi Bokkeumbap...kalau korang? Boleh juga tambah sosej ke, cumanya aku takde stok tu..hahaha. Nak cuba buat?  Cuba tengok video kat bawah ni
Tapi yang ni lagi simple dan senang korang nak ikut
Okay...till we meet again

13 comments:

  1. Pernh juga sy buat nasi goreng kimchi ni sedap hehe, trjebaak suda mknan korea2

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. makanan korea ni kalau semua bahan ada, tak la susah pun nak masak

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah...rasa la juga kak

      Delete
  3. mmg sedap bila campur kimchi dalam nasi goreng..rasa macam tak cukup kalau sepinggan je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan..saya suka sgt dengan nasi goreng kimchi

      Delete
  4. nyum nampak pun sedap.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    https://ucingkadayan.blogspot.com/2017/04/segmen-tonton-ucing-nak-try-irama-melayu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..Alhamdulillah...terasa kimchi dia

      Delete
  5. amboiii...sakan gila masak pepagi ni..hahahaha...kita cuba kita sorang je makan -_-

    ReplyDelete
  6. nampak sedap dan terus lapar. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la masak ni...rasa dia sedap

      Delete

My friend say: