Tuesday, March 07, 2017

Artico It's Nitro Cool @ SS15 Courtyard

Assalamualaikum...
Pernah dengar nama kedai ais kerim Artico? Hmm...kalau belum pernah dengar, meh sini akak nak share sikit.

Last two weeks, akak bersama teman-teman blogger yang lain dijemput untuk merasai keunikan ais kerim di Artico, SS15 Courtyard, Subang Jaya. Gigih jugalah drive ke Subang Jaya...dengan menggunakan waze. Location Artico ni terletak di Ground Floor SS15 Courtyard, kalau dari luar nampak Mr. Dakkalbi tu, masuk je dalam mall tu. Senang sangat nak nampak kedai ni.

Kami dihidangkan dengan ais kerim daripada pelbagai rasa dan datang dengan beberapa variasi rupa. Nak cerita lebih-lebih tapi takde gambar pun takleh juga...apa kata korang layan gambar kat bawah ni sambil aku explain sikit pasal ais kerim ni.
Ni ice cream cookies sandwich. Ais kerim tu perasa vanillah dilapik dengan chocolate chip cookies.
Yang ni yogurt ice cream...original flavour rasanya. Ada letak topping cereal dan whipped cream tu. Hmm..ni kalau korang suka yogurt milk, memang suggest untuk try.
Oh ya...ni paling favourite aku, Yogurt Mango. Rasanya memang sedap sangat. Terasa hirisan mango dia. Topping pun ada pelbagai juga.

Ni chocolate ice cream. Memang marvelous. Bagi aku yang memang penggemar chocolate, ni memang akan sentiasa jadi kegemaran. Kaya dengan rasa coklat dan soft texture dia, memang sedap la.
Strawberry sorbet. Pernah makan? Rasa dia sama je macam makan ais kerim strawberry cumanya yang ni texture dia soft dan tak masam.


Haa..selebihnya tu ais kerim yang kami order personally. Ikut citarasa dan pilihan masing-masing gitu. 

Oh ya, di bawah ini senarai menu / perasa ais kerim yang ditawarkan di Artico. 
Artico di SS15 Courtyard ni merupakan outlet pertama mereka dan bakal expand outlet mereka dengan membuka cawangan baru. Masih dalam perancangan lagi. Price range untuk ais kerim ni berpatutan dengan keunikan pembuatan ais kerim ini. Handmade ice cream la katakan. 


Kalau korang teringin nak merasai kesedapan ais kerim Artico ni, jangan lupa singgah ke sana ya. Di bawah ni alamat Artico dan kalau nak lebih detail, boleh juga ke Facebook Artico - It's Nitro Cool.

Artico It's Nitro Cool
Lot G-13a, SS15 Courtyard, Jalan SS15/4g
Subang Jaya
Tel: 03-5036 1255
Okay...till we meet again
 Last but not least, meh belanja sekeping gambar kenangan gitu...dan video pembuatan ais kerim Artico ni.

4 comments:

  1. sedap gila aiskrim oiii! hahahahaha...nak lagi nak lagi!

    ReplyDelete
  2. time panas2 memang sedap kalo makan aiskrim kan kak eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan...akak ni mmg suka aiskerim

      Delete

My friend say: