Sunday, January 15, 2017

Goblin | 도깨비

Assalamualaikum...
도깨비
Lama tak update blog, meh sini hakak nak share pasal drama Goblin ni. My current favorite drama alkisahnya. Drama ni dah nak habis pun...tinggal lagi 3 episod je. 

Drama ni pada aku memang unik sangat sebab menggabungkan antara dunia realiti dan fantasi, antara masa lalu dan masa depan dan ada juga selingan antara kepercayaan kita kepada takdir dan soalan-soalan tentang kehidupan. Pandai betul penulis skrip drama buat cerita sampaikan korang boleh terfikir tentang logiknya sesuatu perkara tu berlaku. 


Walaupun drama ini dalam kategori faction (facts & fiction), dan ada juga selit unsur-unsur tahyul dan magik....tapi menariknya drama ini adalah dari segi susunan cerita, penataan cahaya drama dan scenery yang cantik dan menarik...juga ayat-ayat yang dilafazkan oleh setiap watak dalam drama ni memang betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.


Kisah Goblin adalah kisah seorang jeneral atau pahlawan agung, Kim Shin pada zaman Korea purba yang dikenali sebagai Goryeo yang dihukum bunuh kerana dituduh sebagai pengkhianat dan dihidupkan semula sebagai Goblin. Keistimewaan Goblin ini ada banyak antaranya dia mampu menghidupkan semula manusia yang telah mati, mampu mengubah takdir seseorang dan dia paling penting dapat melihat masa depan seseorang manusia. 

Dalam pada keistimewaan yang ada pada Goblin ni, sebenarnya dia menderita kerana dia tak pernah mati dan perlu melihat pemergian setiap orang yang disayangi. Bila Goblin ni bersedih, maka hujan akan turun dan kalau Goblin ni gembira, akan mekar bunga-bunga waima ketika itu sedang musim sejuk. Haaa..bayangkan kalau semua itu suatu realiti? Mau seram sejuk korang tengok..hahaha
Akan tetapi, penderitaan Goblin ini yang tak pernah mati hanya mampu diubah oleh seorang gadis istimewa, Ji Eun Tak yang merupakan roh yang hilang. Kalau korang memang follow drama ni, korang akan tau macam mana Eun Tak ni dilahirkan. Budak ni ada tanda lahir yang mana merupakan tanda bahawa dia ni bakal isteri Goblin. Eun Tak ni juga istimewa sebab dia boleh lihat roh dan hantu. Kiranya hijab dia dibukalah. 

Kalau ikutkan, aku ni bukan peminat Gong Yoo tapi aku ni memang peminat tegar si Lee Dong Wook tu. Asalnya aku ni nak tengok Goblin tu sebab ada si Dong Wook ni la tapi bila dah follow drama ni terus hakak jatuh cinta dengan Gong Yoo tu. Suara dia, mak aiii...tergoda akak...bak kata orang Korea, dia ni ada honey voice. 
Dong Wook berlakon sebagai Grim Reaper (malaikat maut). Malaikat maut macam ni punya hensem..memang tak logik langsung. Boleh pulak tu siap sewa rumah, boleh makan minum macam manusia biasa which is dalam Islam, semua ni memang tahyul.

Oh ye, memandangkan cerita ni cumalah faction dan fantasy...mohonlah jangan ada sesiapa yang tersalah faham dan tersilap mentafsirkan maksud Tuhan dan malaikat dalam agama Islam. Apa pun soal takdir dan ketuhanan yang dibangkitkan di dalam drama ini, ianya hanyalah sekadar sebuah rekaan. Mana yang baik, kita jadikan teladan, yang buruk, kita jadikan sempadan.


By the way, siapa yang suka juga drama ni? Angkat tangan...hahaha

Sedih pula bila drama ni dah nak habis...nanti kakak rindu suara si Goblin yang sedap tu dan bromance antara Goblin & Grim Reaper. 

Agak-agak...drama apa yang best lepas Goblin ni ek?

Okay...till we meet again
Read more ...